Shahrir Samad Ketua Penerangan UMNO yang baru? - pakdin.my

Desas desus berkenaan UMNO akan mendapat Ketua Penerangan yang baru pada hujung bulan Januari ini begitu kuat tersebar dikalangan kepimpinan atasan UMNO.

Berita berkenaan pertukaran Ketua Penerangan kepada yang baru belum sahih tetapi peratus kebenaran kepada berita penukaran itu adalah amat tinggi.

Sumber dikatakan datang dari pihak yang “berkenaan” adalah merujuk kepada agenda Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Pada ketika ini, jawatan Ketua Penerangan UMNO disandang oleh Datuk Hj Ahmad Maslan yang juga adalah ahli Parlimen Pontian.

Selain dari khabar Ketua Penerangan akan ditukarkan , turut tersebar sama adalah nama yang bakal menggantikannya , ia itu Datuk Seri Utama Sharir Abdul Samad.

Pertukaran ini dikatakan diambil kira berdasarkan persiapan UMNO menghadapi PRU14.

Sharir Abdul Samad dikatakan bakal menggantikan Datuk Ahmad Maslan atas sebab kepimpinan mahukan wajah baru dan perubahan kepada beberapa strategi menghadapi pilihanraya dan juga menjadi benteng hadapan menghadapi lawan.

Dikatakan Datuk Ahmad Maslan akan diberi peranan lain yang juga penting dan sesuai dengan watak nya demi UMNO mahu menghadapi cabaran pada PRU14.

Selain alasan perubahan diadakan atas sebab kepimpinan mahu mengubah strategi ,ia juga ambil kira pengganti nya jika boleh datang dari negeri Johor juga, namun bukan lah ia sebagai alasan paling utama kepada perubahan yang bakal dilakukan ini.

Turut tersenarai nama yang dikaitkan kepada penukaran ini adalah Datuk Hj Abdul Rahman Dahlan.

Sehingga kini 2 nama ini sahaja yang dikaitkan pada penukaran Ketua Penerangan UMNO.

Rahman Dahlan adalah ahli Parlimen Kota Belud , dan nama nya turut tersenarai kerana tugasan yang dilakukan nya bagi Bagi Barisan Nasional waktu ini.

Kepimpinan Dato Seri Najib yang sangat serious didalam menghadapi PRU14 ,dikata mahukan pasukan yang mantap dan berani serta imej dinamik untuk menghadapi rakyat pada PRU14.

Selain nama nama diatas untuk jawatan Ketua Penerangan, beberapa jawatan di peringkat negeri juga dikatakan ada perubahan.

Namun kesemua ini hanya akan dapat disahkan dan pastikan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

UTAMAPOLITIKShahrir Samad Ketua Penerangan UMNO yang baru?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium