32.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 20, 2021

Siapa Ambiga Sreenevasan?

Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2 yang dijadualkan pakatan pembangkang pada 9 Julai 2011 adalah pendokong utama fahaman pluralisme di Malaysia. Ambiga turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme. Ambiga jadi ketua BERSIH 2 namun yang buat demonstrasi di jalan-jalan adalah ahli-ahli PAS. Siapa perkudakan siapa ini?

 

Ambiga menerima anugerah “Women of Courage” pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah (baca sini).

Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy (baca sini). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?


Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007 di Sogo. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.

Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan (baca sini). Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut (baca sini). Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

ANGIN PERUBAHAN

 

Berita Berkaitan

Komen

  1. orang macam nilah yang kite patut tentang. sedarla anak bangsa korang semua di ayam²kan oleh musuh agama dan bangsa. bersih 2.0 taklah bersih sangat pada agama dan bangsa ku bersih 2.0 sgt jijik. marah ni…

  2. ye betul tu. masalahnya yang sibuk menyokong2 Bersih ni yang malas berfikir, xmengenal sejarah. banyak la kerja lain lagi boleh buat. tingkatkan diri dulu baru negara boleh maju. sampai dah tahap menabikan Anwar pulak. Da dia buat salah seboleh2 kata x. Org duk melagho kedai kopi mmgla, cuba duk library gi baca2 sket, carik org keje special branch ke. sish, mmg marah jugak nih.

  3. Salam….Hari Raya dapat Cuti 2 Hari,Chinese New Year dapat cuti 2 hari tapi kenapa untuk Deepavali dapat Cuti 1 hari sahaja.Kata SATU MALAYSIA tapi yang ini tidak adil.Walaupun saya beragama Islam, pernah fikir tentang ini.Harap 3 kaum hidup bahagia di Malaysia la…Satu Malaysia.HIDUP!!!!!!!!!!!!!!!

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.