Azmin minta pemimpin PKR jelaskan: Siapa bagi maklumat nombor telefon?

Mungkin UMNO agaknya yang simpan nombor telefon pemimpin PKR 😂 😂

Sekarang ini soal bersemburit bukan lagi kesalahan atau dosa begitu juga soal fitnah tidak timbul, yang diberi perhatian siapa yang menyebar dan siapa yang mempergunakan Haziq Aziz.
…………

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR perlu menjelaskan kenapa pihak yang menyebarkan video seks yang dikatakan memaparkan individu miripnya itu boleh memiliki nombor telefon semua pemimpin cabang parti.

Azmin berkata malahan dirinya yang juga merangkap timbalan presiden PKR itu tidak memiliki akses terhadap maklumat sedemikian.

“Ini sudah tentulah mencemaskan, bahawa kepimpinan mestilah memutuskan untuk menyiasat perkara tersebut.

“Kumpulan WhatsApp (yang menyebarkan video itu) mengandungi semua nombor telefon pemimpin cabang dan juga pemegang jawatan lebih rendah pada peringkat cabang (PKR).

“Saya tidak ada akses terhadap maklumat sedemikian. Jadi soalannya sekarang, siapa yang menyediakan maklumat ini dan siapa yang menubuhkan kumpulan WhatsApp ini?

Anggota PKR temani Haziq

“Terdapat kumpulan (WhatsApp) untuk Sabah, satu kumpulan untuk Sarawak dan satu lagi untuk Semenanjung, jadi ini memerlukan penjelasan kepimpinan,” kata Azmin kepada pemberita hari ini selepas hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri DUN Gombak Setia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan mengenai beberapa anggota PKR menemani Haziq Abdullah Abdul Aziz ketika dilepaskan daripada tahanan polis semalam.

Haziq sebelum ini mendakwa dirinya salah seorang individu di dalam video lucah yang disebarkan itu.

Azmin juga berkata beliau menerima laporan bahawa pihak yang menyebarkan video tersebut mengelak menggunakan Facebook dan Instagram bagi menghalang alamat IP (protokol internet) mereka daripada dikesan.

Ketika ditanya sekiranya beliau akan menggesa lembaga disiplin PKR mengambil tindakan berhubung perkara ini, Azmin berkata terserah kepada badan itu untuk memutuskan apa yang terbaik untuk parti.

“Jika kita mahu memastikan parti ini masih relevan dan diterima orang ramai, maka sesuatu perlu dilakukan,” katanya lagi.

Beliau juga mengulangi pendiriannya yang tiada hasrat untuk mengambil cuti kerana hal itu menunjukkan “seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan.”

Susulan penyebaran siri klip video lucah yang dihantar secara khusus kepada wartawan dan anggota PKR di media sosial, Haziq juga mendakwa Azmin merupakan seorang lagi individu yang dipaparkan rakaman itu.

Azmin menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.

Haziq ialah ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga bekas setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.

https://pakdin.my/tag/bersemburit

Loading...

6 KOMEN

  1. Cik na yg cantik telah membuat aduan di raba lelaki. Polis telah menahan dan menegur rupanya yg menawan itu telah menjadi punca dia diperlakukan begitu dan sepatutnya berkurung dlm rumah saja.lelaki itu dibebaskan dan cikna dihukum 500.00sekian certot penyu puasa

Comments are closed.