Siapa dibelakang aduan terhadap Hishammuddin kepada Lembaga Disiplin - pakdin.my

Hari ini kecoh bahawa DS Hishamuddin Tun Hussien dipanggil oleh lembaga Disiplin UMNO pada 26hb Disember 2019. Ini bukan kali pertama tersebar khabar angin ini. Kali pertama ialah pada September lalu.

Hisham dituduh kononnya membelakangkan parti mengadakan rundingan mewujudkan kerajaan pintu belakang. Fakta kes yang digunakan ialah pertemuan lebih 20 orang Ahli Parlimen BN dengan Menteri Ekonomi Azmin Ali bulan lalu diatur oleh Hishamuddin.

Walaupun Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Ahli parlimen yang hadir dalam pertemuan tersebut bagi membincangkan isu pembangunan kawasan, namun Ahli MT, Lokman Nor Adam membuat aduan kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Mengapa Lokman bertentang pendapat dengan Zahid Hamidi dan mengadu nama Hisham? Ini kerana boss Lokman bukan Presiden UMNO, tetapi DS Najib Razak.

Ramai orang berkata Najib Razak disebalik Lokman Nor Adam ini. Tapi ramai juga yang tahu kunci utama Lokman bukan Najib tetapi orang berhampiran Najib.

Pasti Hisham tiada masalah disiasat Lembaga Disiplin UMNO. Ini kerana dalam peraturan UMNO tiada yang menyatakan bahaawa menjadi satu kesalahan berjumpa atau bermesyuarat dengan pemimpin politik parti lawan.

Hisham tidak pernah sabotaj parti. Setiap kali PRK beliau sentiasa ada membantu. Malah dalam PRK Tajung Piai beliau paling ligat ke sana ke sini untuk membantu kemenangan BN. Hisham berkampung selama dua minggu di sana berbanding Lokman yang mengekor bossku sahaja.

Namun keraguan pasti timbul di kalangan ahli. Aduan ini untuk kepentingan parti atau bertujuan memecahkan parti?

Yang mengadu mengenai Hisham ialah Lokman Nor Adam orang yang beberapa bulan lalu memaki hamun Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Adakah orang seperti ini bertindak atas kepentingan parti atau kelompok beliau.

Bertambah meragukan ialah orang yang memanggil Hisham ialah Tan Sri Apandi Ali, orang yang dibawa dari luar oleh kem Najib Razak untuk menjadi Peguam Negara. Kini beliau menjadi Pegerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Pada masa yang sama sudah kecoh usaha kumpulan Najib Razak ‘berkempen’ mendesak Zahid melantik Najib sebagai Pengerusi BN. Tujuannya supaya Najib yang akan menentukan calon pilihan raya akan datang bukannya Zahid.

Semua orang tahu kempen ini turut membabitkan wang. Ada ketua pemuda UMNO terang-terangan mendedahkan perkara ini. Namun Asyraf Wajidi diam seribu bahasa.

Apakah kempen ini tidak melanggar disiplin UMNO? Ahli di bawah fikir sendirilah siapa sebenarnya yang mengkhianati parti. Sebenarnya bukan salah Najib pun kerana ada tangan lain di belakang kumpulan ini yang merasakan perlunya Najib kembali memegang kuasa dalam BN.

(tunggu siri kedua siapa belakang kumpulan mendesak Najib Razak jadi Pengerusi BN)

-Awang Merah-

UTAMAPOLITIKSiapa dibelakang aduan terhadap Hishammuddin kepada Lembaga Disiplin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium