Siapa ‘Kadir’ yang dimaksudkan TMJ? - pakdin.my

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa mengetahui usaha bagi ‘menghabiskan’ pihak istana yang didakwa baginda dirancang oleh ‘Kadir’, lapor Malaysiakini.

“Kadir, saya tahu mengenai pertemuan di Menara Ilham. Sila teruskan (rancangan) itu.

“Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini. Jika kamu mahu menghabiskan kami, kamu perlu menghabiskan kesemuanya. Kamu tidak boleh buat separuh jalan atau 50 peratus. Kamu perlu bersungguh-sungguh dengan 110 peratus,” titah Tunku Ismail melalui ciapannya di Twitter.

TMJ pada masa sama bertitah pihak yang dimaksudkan agar menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Tolong selesaikan masalah rakyat. Itu pun kalau sudi,” titah baginda lagi.

Baginda bagaimanapun tidak menjelaskan siapakah ‘Kadir’ yang dimaksudkan, tetapi dipercayai merujuk kepada penasihat media kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ciapan Tunku Ismail hadir selepas pihak Istana Johor dikaitkan dengan isu tanah melibatkan pembinaan Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS).

UTAMAPOLITIKSiapa ‘Kadir’ yang dimaksudkan TMJ?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium