Siapa khianat kereta pelajar Ustaz Kazim ? - pakdin.my

Dipancit tayar, cermin dipecahkan dan cat dicalarkan. Itu antara perbuatan khianat dilakukan terhadap kenderaan milik pelajar warga emas Pusat Pendidikan Al Barakah, Ipoh, Perak, yang dimiliki pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias sepanjang Ramadan ini.

Ustaz Kazim berkata, kejadian seumpama itu semakin menjadi-jadi ketika bulan Ramadan ini.

“Banyak kereta milik pelajar pondok ini pancit mendadak. Namun apabila disiasat dan dihantar ke bengkel, tayar berkenaan bukannya pancit tetapi sengaja dikeluarkan angin.

“Terdapat batu yang diletakkan dalam penutup tiub mengakibatkan angin keluar perlahan-lahan.

“Ada juga kenderaan yang dipecahkan cermin dan dicalarkan. Setakat ini kira-kira 10 kes dipercayai perbuatan khianat sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Menurutnya, kejadian terbaru kelmarin membabitkan tayar kereta pelajar dibuang angin ketika program Nuzul al-Quran, manakala dua minggu lalu cermin beberapa kenderaan yang diparkir di Al Barakah dipecahkan.

“Kasihan mereka ini yang sudah tua-tua datang untuk menuntut ilmu agama di sini, apabila keluar tayar pancit, cermin pecah, manalah mereka tahu hendak buat apa-apa,” katanya.

Mohd Kazim berkata, pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang sudah dibuat tetapi kawasan parkir terlalu luas dan tiada sebarang petunjuk.

“Kejadian banyak berlaku pada sebelah malam ketika solat Tarawih. Kami juga turut menggunakan khidmat pengawal untuk membuat rondaan tetapi kes tetap berlaku,” katanya.

UTAMABERITASiapa khianat kereta pelajar Ustaz Kazim ?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium