‘SIAPA LIM KIT SIANG UNTUK BERCAKAP SOAL MARUAH?’ LANCHAU LAH KIT SIANG - pakdin.my

20161124-mahathir-muhyiddin-lim-kit-siang

“Who the hell is Lim Kit Siang to talk about honour?”

Ini respon bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz terhadap kenyataan terbaru yang dibuat penasihat DAP Lim Kit Siang.

Malay Mail Online melaporkan, apabila ditanya media hari ini sama ada beliau akan menyaman Tunku Abdul Aziz yang membuat dakwaan tentang perjanjian rahsia antaranya dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Lim berkata beliau tidak berminat untuk ‘membuang masa dengan orang yang membuat dakwaan itu kerana sudah hilang hormat, kepercayaan dan kredibiliti’ terhadapnya.

“Siapa Lim Kit Siang untuk bercakap tentang maruah? Dia adalah orang terakhir yang patut berbicara soal maruah dan integriti,” kata Tunku Abdul Aziz kepada Malaysia Outlook.

“Dia berkubang di dalam lumpur,” katanya lagi, merujuk kepada tindak tanduk ahli Parlimen Gelang Patah itu yang didakwa sering melempar tuduhan dan cercaan (mudslinging).

“Jika dia (Lim) tiada niat untuk menjawat jawatan timbalan Perdana Menteri, apa yang saya mintak dia lakukan ialah satu perkara yang mudah.”

Terdahulu, Tunku Abdul Aziz mendedahkan terdapat perjumpaan rahsia antara Lim dan Mahathir di mana mereka membuat janji untuk mengangkat Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Lim sebagai timbalan Perdana Menteri.

Susulan pendedahan itu, Tunku Abdul Aziz mencabar Mukhriz dan Lim untuk membuat pengakuan bersumpah (SD) menafikan mereka mempunyai cita-cita untuk menjadi PM dan TPM.

Ditanya mengenai tindakan Lim yang telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan prosedur undang-undang terhadap Utusan Malaysia, New Straits Times dan mana-mana media yang melaporkan ‘berita palsu’ berhubung dakwaan terhadap perjanjian rahsianya, Tunku Abdul Aziz berkata itu tidak sepatutnya berlaku.

“Mereka (DAP) tidak mahu fokus kepada isu utama di sini, sebaliknya mereka menyerang peribadi saya dan bertindak menyaman suratkhabar yang sekadar melaporkan kenyataan yang telah saya berikan di satu sidang media,” kata Tunku Abdul Aziz.

“Lim sangat cepat apabila berbicara tentang isu kebebasan media. Dia orang terakhir yang patut bercakap tentang isu kebebasan kerana DAP merupakan parti yang tidak mempunyai toleransi terhadap sebarang kritikan.

“Senjata mereka hanyalah ugutan untuk menyaman media,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Tunku Abdul Aziz sekali lagi mencabar Lim dan Mukhriz untuk membuat pengakuan bersumpah.

“Jika mereka buat pengakuan bersumpah, selepas itu mereka boleh menyaman saya,” katanya lagi.



UTAMAPOLITIK‘SIAPA LIM KIT SIANG UNTUK BERCAKAP SOAL MARUAH?’ LANCHAU LAH KIT SIANG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium