Siapa Menteri 3 suku dimaksudkan Rais yang menyebabkan PH kalah di Tanjung Piai - pakdin.my

1. Lim Guan Eng & Lim Kit Siang
Depan pengundi cina cakap lain depan melayu cakap lain. Balik-balik salahkan Najib kerana ekonomi, kewangan negara jatuh

2. Syed Saddiq
Belum apa-apa dah arwahkan calon bertanding PH dan arwahkan ibu mantan ahli parlimen yang meninggal. Sekali betul calon Karmaine Sardini jadi arwah PRK.

3. Khalid Samad
Boleh dibangga dapat jual tanah kampung baru kononnya membela nasib melayu di Tanjung Piai. Ini dia namakan kejayaan.

4. Anwar Ibrahim
Tak habis-habis cerita 1MDB untuk selamatkan Lim Guan Eng dan ulang tayang cerita fitnah Najib tapi langsung tidak berani cakap pasal janji manifesto PH

5. Muhyiddin Yassin
Paling bodoh recycle cerita Najib Rosmah curi belian tapi tak ada kes di Mahkamah. Dia fikir masalah belian lebih penting dengan kos sara hidup

6. Mukhriz
Dia fikir rakyat tanjung Piai bodoh bandingkan gabungan DAP dalam PH lebih islam berkonsepkan perpaduan ummah berbanding Muafakat Nasional

7. Teresa Kok
Paling bodoh hendak tutup cerita harga sawit jatuh dia berkempen dekat budak sekolah beli minyak sawit dan kempen PRK hadiah sebotol sawit.

Dengar khabar malam 16hb dia kata hendak ada parti meraikan kemenangan PH, berakhir dengan dia berparti mabuk minyak sawit seorang diri.

8. Mat Sabu dan MB Johor Sahruddin Jamal
Bergaduh sesama sendiri perlu tak beri bantuan RM1000 kepada nelayan. Mat Sabu suruh beri selepas PRK tapi MB berkeras hendak beri sebelum PRK. Akhirnya seminggu sebelum PRK senyap Lim Guan Eng tidak beri peruntukan

9. Calon PH Karmaine Sardini
Sedap mulut cakap seperti peneroka felda tak tahu bersyukur dengan pendapatan RM1000 sebulan. Tetapi dia tak berani bergaji RM1k

Nama sahaja tok imam tetapi berbohong kata berjuta bantuan telah turun tetapi rakyat tanjung Piai tak nampak sesen pun yang sampai ke bawah

10. Wan Azizah
Ada dengan tak ada sama sahaja. Lebih baik tak ada dan beri kepada yang bermanfaat kepada rakyat

11. Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong cuba menakut-nakutkan rakyat tanjung piai, serangan berunsur perkauman terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meningkat jika BN menang dalam PRK Tanjung Piai. Tetapi dia lupa selama 60 tahun tak ada masaalah pun semasa BN memerintah kecuali bila PH ambil alih semua dah menjadi makin kacau bilau

12. Lim Guan Eng cuba menakut-nakutkan tanjung Piai negara akan hancur jika dipimpin oleh melayu islam. Dia lupa di Tanjung Piai majoritinya melayu islam.

13. Pengerusi SPR yang dilantik dari parti PKR dengan suka hatinya mengumumkan setiap kempen rumah ke rumah mesti mendapatkan permit polis. Ini pencabulan undang-undang pilihanraya tanpa mendapat kelulusan yang Dipertuan Agong. Tetapi dimalukan ketua polis dan peguam Negara dengan kenyataan tidak perlu permit. Ini terang-terang menunjukkan PH tidak tahu urus pilihanraya apatah hendak perintah negara.

14. Bajet kebetulan diumumkan 14juta oleh menteri-menteri 3 suku sehingga timbul persepsi kena ada yb mati baru ada bajet kebetulan datang.

15. Azmin Ali rakyat tanjung Piai mesti memilih pemimpin bermaruah tetapi dia bengap sangat ke sampai boleh fikir semburit itu benda bermaruah ke dalam norma-norma kehidupan masyarakat melayu islam.

16. Maszlee langsung tak berani turun ke padang kecuali atas pentas, takut rakyat hendak claim duit tol simpang renggam, balik hendak cakap hendak tunai amanat arwah tetapi amanat yang dia buat tak mahu pulak dia hendak tunaikan.

17. Akhirnya Mahathir cuba bodek Kaum Cina tak mudah kena tipu tapi memang betul-betul pun kaum cina dah serik ditipu lagi dengan pembohongan Mahathir dan PH sebab itu peralihan undi bangsa cina dan india kepada Muafakat Nasional…

Betullah kata Rais buat apa Mahathir bela menteri-menteri 3 suku sampai hendak berkempen pun tanpa strategi, tanpa kewarasan, tanpa kesepakatan, semua ikut kepala masing-masing dan akhirnya PH dimalukan di tanjung Piai dengan kekalahan yang amat-amat memalukan iaitu KO dibelasah 15k++ Majoriti

Sebelum itu Nga Kor Ming kata biar mangkuk tandas bermimpi, PH akan beri kejutan, iya memang satu kejutan bukan setakat kalah teruk sekarang sesama menteri-menteri 3 suku sedang berperang menyalahkan sesama sendiri. Oh ya Nga Kor Ming patut jawap siapa sebenarnya mangkuk tandas…

Oleh: Mohd Fadzil

Rujukan:
Kalau terus bermenteri tiga suku, bersedialah berkerajaan tempang, kata Rais Yatim

UTAMAPILIHAN RAYASiapa Menteri 3 suku dimaksudkan Rais yang menyebabkan PH kalah di Tanjung...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium