Siapa pengkhianat? – Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

Nik Aziz dan Abduh

Rasanya kita tidak perlu nak susah payah selongkar sana sini al-kisah ketegangan hubungan antara PAS dengan PKR dan DAP dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor.Begitu juga tentang gelora dalaman PAS.

Ini bukan cerita orang tepi jalan tetapi datang dari Nik Abduh anak kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau juga ialah Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Dari latar belakang itu siapa saja boleh mengandaikan apa yang dikatanya ‘boleh pakai’.

Di kalangan saf pimpinan PAS beliau tidak masuk dalam kategori mereka yang vokal dan agak low profile.

Sebaliknya kalau rajin selak laman facebook Nik Abduh kita akan dapati kebelakangan ini beliau sudah tidak berselindung lagi bersuara tentang kemelut dalaman Pakatan Rakyat dan PAS sendiri.

Contohnya pada 6 September beliau dipercayai menghalakan senapangnya kearah golongan ( dipercayai merujuk Anwarinas PAS) yang dulunya duduk ‘ bermanja’ bawah lindungan bapanya Nik Aziz.

Beliau mengambarkan keadaan sudah berubah.Sekarang Tuan Guru Nik Aziz (TNGA),Tuan Guru Haji Hadi (TGHH),Tuan Guru Haron Din (TGHD) di satu pihak manakala di pihak kedua, yang dulunya mereka letak TGNA bersama mereka, kini tak boleh lagi.

Nik Abduh mendedahkan senario itu dalam tulisan ringkasnya dibawah tajuk : …Kini sudah berbeza dari dulu.

Katanya , ‘Kini, TGNA,TGHH,TGHD di satu pihak, manakala di pihak kedua, yang dulunya mereka letak TGNA bersama mereka, kini tak boleh lagi.

Semoga Allah memelihara PAS dengan ahli dan pendukungnya yang setia pada saat ringan dan berat, senang dan susah.

Fitnah adalah ujian kehidupan. Ujian adalah fitnah kehidupan. Mari bermohon kepadaNya agar kita mengenali fitnah sebelum fitnah mengenali kita.’

Sebelum itu pada 3 September,Nik Abduh secara terbuka menegur PKR dan DAP.

Katanya ‘ Saya nasihatkan rakan-rakan parti saya dalam PR, samada PKR atau DAP agar janganlah terlajak dalam berpolitik. Perjalanan ke Putrajaya masih jauh, bukan bertarikh PRU14 sebagaimana ia telah hilang jejak pada PRU13.

Terlajak dalam berkeputusan sentiasa membawa keburukan yang sukar dibaiki.’

Terbaru,awal pagi Rabu beliau menulis panjang mengenai rentetan liku-liku ketegangan dalam Pakatan Rakyat mengharungi isu Menteri Besar Selangor.

Mesejnya banyak bertumpu kepada peranan Haji Hadi menangani isu dan siapa yang dinilainya sebagai pengkhianat.

Gambaran yang diberi oleh ‘orang dalam’ PAS ini sendiri tentu menarik.

Tulisan Nik Abduh kali ini dibawah tajuk yang bunyinya cukup sensasi….Siapa Pengkhianat?

Katanya ,’Presiden PAS dituduh khianati PR ( Pakatan Rakyat) kerana namakan calon MB daripada PAS.

Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama;

1) 2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala’ dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;

1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.

Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.

2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI ( Tan Sri Khalid Ibrahim) yang Majlis Syura Ulama PAS (MSU) putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan presiden? Ada 2 pilihan;

1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.

2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Presiden telah memilih pilihan kedua.

Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk WAWI (Wan Azizah Ismail) (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU).

Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.

Malang tak berbau!

Keputusan ’emas’ itu hanya mampu bertahan 5 jam!

Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.

Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.

Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;

1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden ( Mat Sabu) untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS.

Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama.

Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.

2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.

Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.

Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?

Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.

Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD (surat akuan bersumpah) timbul.

13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.

Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!

Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.

Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn!

PAS mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri.

Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.

Malah, kemelut dipanaskan dengan isu Presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya (dilapor The Malaysian Insider) .Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.

Sekarang, mari kita lihat;

1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada Presiden PAS? Tidak bukan?

2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?

3) Adakah tindakan budiman Presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?

4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?

5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?

Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?

Mari melihat kesimpulan saya..

Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi.

Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan Presiden PAS akan mula bertindak..

Saksikan…

Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more

Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. juga, no more

Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah Presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baru Presiden PAS.

Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan…

Selamat bertarung di ‘KuborMove’.. Jumpa di sana.’

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

AJK PAS PUSAT

BACA juga:

Leave a Reply