SIAPA TUANG MINYAK DALAM ISU KALIMAH ALLAH? - pakdin.my

gereja-selangor-berkeras-guna-kalimah-Allah

Selain portal Malaysia Insider dan Malaysiakini, DAP turut mahu mendapatkan laba politik daripada isu Kalimah Allah.

Sekiranya Malaysia Insider tidak menyiarkan kenyataan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang menegaskan gereja tetap akan menggunakan kalimah itu baru-baru ini, isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum ini tidak akan berlarutan.

Lawrence sudahpun dipanggil membantu siasatan mengikut Akta Hasutan.

Apa juga keputusan bergantung kepada siasatan dan kertas siasatan mengenainya difahamkan sudahpun lengkap dan terpulang kepada pihak pendakwaan sama ada meneruskannya atau tidak.

Namun, bagi meredakan ketegangan isu ini, semua pihak tidak patut mencurahkan limau pada luka atau cuba mengaut untung politik khususnya dua portal pro pembangkang terbabit, begitu juga DAP.

DAP pula tidak harus masuk campur mengajar polis apa patut dilakukan dalam isu ini.

Kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua bahawa siasatan polis terhadap Lawrence jelas menunjukkan sikap pilih kasih kerana terdapat pemimpin lain mengeluarkan kenyataan lebih kontroversi, berbaur hasutan adalah kenyataan politik yang hanya akan mengeruhkan keadaan.

Siapa beliau untuk mempersoal Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa halal darah peserta perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) pada 31 Disember lalu berasaskan konsep “bughah”.

Niat Tony Pua mengecam beberapa pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) seperti Datuk Zulkifli Noordin yang didakwa mempermainkan dewa Hindu dan kesucian Sungai Gangga serta Datuk Ibrahim Ali yang mengancam mahu membakar Al-Kitab, namun tiada tindakan ke atas individu ini di bawah Akta Hasutan, sudah jelas diketahui umum.

Pembangkang bukan sahaja DAP malah PKR dan PAS tidak boleh hidup tanpa kenyataan retorik atau tidak menyalahkan pihak lain terutama kerajaan.

Sepatutnya, perang politik sudah berakhir selepas keputusan PRU 13.

Namun, pembangkang yang didokong media-media tertentu sengaja mahu meneruskan ‘peperangan’ kerana tanpa kontroversi, bukan sahaja pembangkang tetapi Malaysia Insider dan Malaysiakini tidak dapat bertahan.

Jika semua pihak faham, sewajarnya kenyataan bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman yang mahu Mahkamah Persekutuan mengadakan sidang prosiding berhubung isu Allah pada kadar segera supaya satu keputusan muktamad terhadap perkara itu dapat diambil dan “menghalang ketidakadilan” perlu diberi tumpuan.

Beliau berkata, isu itu amat penting kepada masyarakat awam dan Mahkamah Persekutuan perlu mengambil tindakan segera dan bukannya melihat kejadian yang berlaku membentuk isu berkenaan.

Abu Talib berkata, kunci kepada masalah semasa itu ialah keputusan daripada Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan sepatutnya mempercepat perbicaraan kes itu kerana tiada penangguhan penghakiman di Mahkamah Rayuan yang mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi.

Katanya, isu itu semakin sukar kerana ia dipolitikkan berikutan kurangnya kepimpinan yang tegas.

Amat wajar semua pihak kini mendesak Mahkamah Persekutuan menyegerakan perbicaraan kes ini dan keputusannya kelak harus diterima dengan lapang dada semua pihak tanpa ada yang mahu menangguk di air kerurh.

Cukup-cukuplah tuang minyak khuatir api yang kecil ini semakin merebak

Mana-mana pihak termasuk parti politik komponen BN harus ingat, apa juga kenyataan berhubung isu ini akan jadi berantai apabila ianya diulas pihak-pihak lain.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMASIAPA TUANG MINYAK DALAM ISU KALIMAH ALLAH?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium