SIAPAKAH YANG AKAN MEMPERTAHANKAN MASJID NEGARA DARI BERSIH 5? - pakdin.my

Pada 19 November ini, edisi kelima perhimpunan haram Bersih akan diadakan di ibu negara dengan salah satu lokasi tempatnya ialah Masjid Negara yang merupakan antara masjid tertua di negara ini dan tempat ibadat bagi umat Islam.

Pelbagai pihak kini menyuarakan kebimbangan selepas laman Facebook Bersih 2.0 rasmi yang menganjurkan perhimpunan itu memuatnaik gambar peta laluan pada hari perhimpunan kerana Masjid Negara akan menjadi lokasi akhir selain lokasi permulaan iaitu di Dataran Maybank di Bangsar.

Berpandukan himpunan haram Bersih 4 sebelum ini, sebilangan besar daripada peserta bukan mahu mengikut peraturan berhimpun sebaliknya memaki dan mencaci para pemimpin negara termasuk melakukan pelbagai aktiviti yang menghina para pemimpin politik di negara ini.

Ketika itu, yang menjadi mangsa ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan para pemimpin PAS.

Dalam hal ini, siapakan yang akan mempertahankan Masjid Negara daripada diperlakukan perkara-perkara tidak bermoral dan akan mencemar nama baik rumah Allah berkenaan pada hari himpunan haram itu iaitu pad 19 November.

Para peserta Bersih 5 akan membawa pelbagai sepanduk mencaci, mengutuk Perdana Menteri dan kerajaan, mereka akan membawa patung-patung yang mempunyai unsur kurafat kononnya bagi menyuarakan amarah mereka kepada kerajaan.

Beberapa kumpulan pula akan mengadakan ritual mengarut seperti jampi serapah dengan niat mahukan sesuatu yang buruk berlaku kepada Najib dan pemimpin negara. Perbuatan itu jelas mencemar masjid negara.

Adakah pada 19 November nanti, sebahagian yang berada di Masjid Negara nanti akan mempertahankan kesucian masjid berkenaan daripada dirosakkan atau diperlakukan sesuka hati oleh peserta Bersih 5?

Kehadiran peserta Bersih 5 juga biasanya akan dihadiri oleh pelbagai bangsa dan ada ketika kebanyakannya adalah berbangsa Cina dan pakaian mereka ada kalanya mendedahkan bahagian tubuh tertentu dan seksi yang tidak sesuai untuk dipakai dalam kawasan masjid.

Lebih memalukan pada Bersih 4 dulu, ada segelintir peserta yang hadir membawa agenda berbeza iaitu agenda hubungan sejenis atau LGBT yang jelas bertentangan dengan norma masyarakat negara Islam seperti Malaysia.

Ada di antara mereka melakukan aksi hubungan sejenis di lokasi perhimpunan yang agak memualkan tanpa mengambil kira ia dilakukan di tempat awam yang turut dihadiri oleh pelbagai lapisan umur.

Pihak pengurusan Masjid Negara pastinya tidak akan membenarkan sebarang kain rentang atau para peserta untuk masuk ke dalam kawasan masjid kerana ia jelas satu perhimpunan haram yang dilarang penganjurannya oleh pihak berkuasa.

Paling jelas perhimpunan pada 19 November nanti berstatus haram kerana ia diadakan bertujuan menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih secara demokrasi secara salah melalui demonstrasi jalanan yang terbukti melanggar Perlembagaan.

20161024-bersih-bastards2

UTAMAPOLITIKSIAPAKAH YANG AKAN MEMPERTAHANKAN MASJID NEGARA DARI BERSIH 5?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium