24.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 6, 2020

Siapakah yang menerima menafaat dari Pindaan didalam draf laporan audit 1MDB Jabatan Audit Negara

Baiklah, KERAjaan PH menuduh terdapat pindaan dalam DRAF laporan audit 1MDB yang dilakukan oleh DSN demi menyembunyikan salah lakunya.

Jom kita tengok apakah pindaan atau perkara yang cuba ‘disorokkan’ oleh Najib ini.

Ada 4 pindaan yang berlaku.

Yang pertama melibatkan 1MDB memfailkan penyata kewangan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berbeza dengan penyata kewangan yang diber kepada pemilik 1MDB iaitu Minister of Finance Incorporated dan sebuah bank.

Perbezaan yang dimaksudkan adalah pada satu perkataan sahaja iaitu “substantially set-aside” (dikhaskan untuk tujuan) dengan “substantially utilized” (digunakan untuk tujuan yang sama).

Kesemua ini tak pernah disembunyikan pun dan ia telahpun didedahkan di dalam prosiding 1MDB di parlimen sebelum ini. [1]

Percanggahan wujud melibatkan fund units dan ini telahpun dijelaskan secara terperinci oleh Arul Kanda ketika disoal siasat oleh Tony Pua sendiri.

Jadi apa benda yang Najib dapat dengan sorok perkara ini?


Pindaan kedua adalah tentang bagaimana 2 buah syarikat iaitu Country Group Securities Public Company Ltd (Thailand) dan Acme Time Ltd (Singapura) yang telah menjana keuntungan sebanyak USD 1.3 juta dan USD 125.97 juta masing-masing apabila bon IMTN bernilai RM 5 billion yang dikeluarkan oleh TIA pada 18 Mei 2009.

Perkara ini tidak melibatkan DSN kerana beliau belumpun terlibat di dalam 1MDB. Ia berlaku kerana Tuanku Mizan telah ditipu oleh Jho Lo. Sultan murka amat dan mahu tarik keluar Terengganu dari urusan ini sedangkan bon sudahpun diterbitkan. Disebabkan itulah kerajaan persekutuan terpaksa mengambil alih TIA dan tertubuhnya 1MDB. [2]

Perkara ini juga telah dipinda sedangkan tidak ada apa-apa salah laku melibatkan DSN yang perlu disorokkan.

Lagipun, jabatan audit bersetuju bahawa perkara ini adalah diluar skop audit 1MDB kerana ianya melibatkan penjualan bon oleh Ambank kepada dua syarikat itu dan tidak melibatkan 1MDB.

Pindaan ketiga adalah berkenaan kehadiran Jho Lo di mesyuarat khas lembaga pengarah 1MDB pada 26 September 2009 yang disebut di dalam jadual 7.5 draf laporan Jabatan Audit Negara.

Pindaan wajib dibuat kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Jho Lo hadir sebagai seorang lembaga pengarah 1MDB yang bermesyuarat dan tidak dinyatakan dia hadir atas kapasiti apa.

Tidak ada apa yang disorokkan pun selama ini kerana ketika proseding PAC pada 25 November 2015, dan juga persidangan parlimen pasa 21 Disember 2015, jelas telah diberitahu bahawa kehadiran Jho Lo itu adalah di atas kapasiti mewakili Putera Turki Abdullah (pemilik Petro Saudi) dan bukan sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB! [3]

Ini pun salah? 🤣

Pindaan keempat dan terakhir adalah dakwaan bahawa Najib telah mengadap YDP Agong pada 27hb Mei 2009 dan didakwa telah bersetuju untuk menangguhkan penerbitan bon TIA.

Tetapi, Jabatan Audit juga menjelaskan bahawa bon sudahpun diterbitkan pada 18 Mei 2009 iaitu sebelum YDP Agong titah kepada Shahrol pada 22 Mei 2009 supaya penerbitan bon itu dihentikan.

Kenapa perkara ini perlu dipinda?

Oleh kerana terdapat keraguan tentang kesahihan maklumat yang diberi kepada Jabatan Audit tentang perkara diatas.

Pertemuan Najib dan YDP Agong hanya antara dua orang sahaja,

Jabatan Audit tidak pernah bertemu-bual Najib atau YDP Agong semasa mereka menyediakan laporan audit ini.

Lagipun, YDP Agong juga tidak pernah menimbulkan isu ini bahawa Najib cakap tak serupa bikin.

Ia bukan bertujuan menyorok salah laku Najib kerana bon ini terbit oleh TIA masa ianya di bawah kuasa YDP Agong sebelum TIA diambil alih oleh kerajaan pusat. Najib tak terlibat lagi pun.

Jadi, jadah apa keuntungan yang Najib dapat hasil dari kononnya arahan Najib supaya 4 perkara ini dipinda? Yilek. Zero. Zilch.

Pindaan ini sebenarnya menguntungkan mereka yang terlibat dalam TIA, 1MDB, Shahrol dan semestinya Pakatan Harapan kerana boleh berterusan menggunakan isu ini untuk memfitnah Najib.

Nampak kan? 😊

Rujukan:


[1] https://www.parlimen.gov.my/images/webuser/pac/hansard%20PAC/1mdb/PAC-01122015%20Bil.%2041%20Bhg.%201.pdf

[2] https://www.facebook.com/najibrazak/posts/saya-tengok-banyak-tajuk-dan-laporan-media-tempatan-tentang-kes-saya-adalah-tida/10156377891350952/

[3] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jho-low-hadir-mesyuarat-1mdb-wakil-putera-turki-peguam-najib-192045

Rujukan lain :

https://pdfs.semanticscholar.org/525d/43a0277eefb8d77709de0eb7e4ea2282763c.pdf

https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-110-116.pdf

-Nabeel Naqie

Berita Berkaitan

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti...

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan...

Najib boleh bagi BR1M RM2,000 tanpa jarah Petronas atau jual aset GLC

Bukan nak membodek orang ini. Orang ni bukan boleh bagi apa-apa jawatan dan kedudukan pun...

Mampukah peruntukan BPR RM6.5b selamatkan ekonomi negara? Tanya Najib

Dalam perbahasan bajet 2021 saya minggu lepas, saya juga menujukan soalan ini: Bayaran Bantuan Prihatin...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...