Siasat dalang SPRM keluar kenyataan bercanggah – Datuk Huan - pakdin.my

1mdb-ag-sprm-src international

Pihak polis diminta menyiasat dan mencari dalang dalam kalangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didapati telah mengeluarkan kenya­taan berbeza dengan ketetapan badan itu dalam isu dana RM2.6 bilion.


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, kenyataan pegawai tersebut dikatakan bercanggah dengan pendirian suruhanjaya itu yang tidak mencabar mahupun mempertikaikan keputusan Peguam Negara yang mengarahkan kes siasatan dana RM2.6 bilion dan SRC International ditutup.

Jelas beliau, sebagai sebuah badan bebas, SPRM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) sendiri dan setiap pegawainya perlu mempunyai etika yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap sumpah mereka serta memelihara kerahsiaan dalam memegang jawatan.

“Pihak polis juga diminta menyiasat sebuah akaun laman sosial Facebook milik isteri kepada seorang pegawai SPRM yang didapati mengeluarkan kenyataan memfitnah dan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

“Adakah seorang pegawai tertinggi SPRM yang mengendalikan kes-kes tertentu boleh mendedahkan maklumat kepada keluarga mereka? Saya ingin bertanya apakah itu terkandung dlm SOP SPRM yang membolehkan pegawai mereka membocorkan maklumat kepada keluarganya?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed menegaskan bahawa beliau tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pegawainya yang mengeluarkan kenyataan kepada media tanpa kebenarannya dan bercanggah dengan pendirian SPRM.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan satu laporan polis dibuat supaya perkara tersebut dapat disiasat secara bebas.

Selasa lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan beliau berpuas hati bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu dana RM2.6 bilion serta SRC International dengan kes-kes tersebut diarahkan tutup.

Dalam pada itu, Cheng Guan turut menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk wakil-wakil rakyat pembangkang yang berterusan mengkritik dan mempertikaikan keputusan Peguam Negara itu.

Katanya, tindakan mereka yang terus membangkitkan isu tersebut dilihat hanya mahu mencari kepentingan politik.

“Kita juga mengalu-alukan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mengarahkan satu laporan polis dibuat untuk menyiasat secara bebas pegawainya yang terbabit dalam isu tersebut,” katanya.

UTAMAPOLITIKSiasat dalang SPRM keluar kenyataan bercanggah - Datuk Huan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium