25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

SIASATAN TERHADAP MARIA CHIN BERSIH 5 DI BAWAH SOSMA SANGAT WAJAR DAN TEPAT

1. Terdapat beberapa pihak yang keliru dan sengaja mengelirukan rakyat apabila memutarbelitkan tafsiran undang-undang mengenai penahanan penganjur Bersih5, Maria Chin.

2. Sebenarnya, apakah tujuan Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA diwujudkan? Jika kita merujuk akta, tujuannya jelas, iaitu bagi membolehkan tindakan diambil untuk menghentikan ancaman yang ditimbulkan oleh “sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia” yang bertujuan:-

I. Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

II. Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

III. Memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

IV. Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;

3. Kenapa Maria Chin tidak disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman? Sebenarnya jika kesalahan Maria Chin hanya melibatkan soal perhimpunan haram, maka memadai untuk polis menyiasatnya di bawah Akta Perhimpunan Aman.

4. Bagaimanapun, kesalahan Maria Chin sudah melangkaui batas penganjuran sebuah perhimpunan haram. Jika merujuk kepada akta, jelas Maria Chin terlibat dalam perkara III dan IV yang merupakan skop SOSMA, iaitu memudaratkan keselamatan awam dan Persekutuan, dan mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah.

5. Lebih-lebih lagi apabila penganjuran perhimpunan haram Bersih 5 ini diakui dan diberitakan mempunyai kaitan dengan dana dari sumber asing, iaitu NDI dan George Soros. Atas sebab ini, siasatan tidak lagi memadai jika hanya dilakukan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Lebih tepat jika siasatan dilakukan di bawah SOSMA dan menggunakan kaedah-kaedah SOSMA.

6. Benarkah kononnya penahanan Maria Chin melanggar skop dan peruntukan SOSMA, iaitu perkara 4(3) yang menyebut, “tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan bawah undang-undang tersebut semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politik”?

7. Peguam-peguam Bersih dan pakar undang-undang media sosial mungkin tidak membaca perkara 4(12) (a) yang menyebut bagi maksud seksyen ini, “kepercayaan politik atau
aktiviti politik” ertinya “penglibatan dalam aktiviti yang SAH di sisi undang-undang melalui pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun sesuatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui, (i) keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu; (ii) penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal
parti itu.”

8. Persoalannya, adakah Bersih sebuah pertubuhan politik? Adakah Bersih 5 kegiatan politik di bawah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan di bawah Akta 355, Akta Pertubuhan 1966? Adakah Bersih 5 kegiatan politik yang sah dari segi undang-undang?

9. Mengambil kira fakta-fakta di atas, iaitu pertama, terdapat unsur campur tangan pihak asing, kedua, kegiatan memudaratkan ketenteraman awam dan Persekutuan, ketiga, kegiatan mendapatkan perubahan melalui kaedah yang tidak sah dari segi undang-undang, dan keempat, status Bersih sebagai sebuah pertubuhan bukan politik dan Bersih 5 yang bukan merupakan suatu aktiviti politik yang sah dari segi undang-undang, maka, saya berpandangan bahawa siasatan ke atas Maria Chin menggunakan SOSMA dan kaedah-kaedah SOSMA amat wajar dan bertepatan sekali.

20161121-bersih5-mariachin-sosma-zahid

DR MOHD PUAD ZARKASHI
MT UMNO

Berita Berkaitan

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu

Pelacur maut terjatuh dari tingkat lima hotel ketika serbuan

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian.

Rancang culik DS Najib dan tiga bekas menteri, tiga lelaki dihukum penjara

Lelaki Indonesia Ali Saifuddin, 32, dan dua bekas tentera Nor Azmi Jailani, 32, dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, didakwa mahu menculik Datuk Seri Najib Razak dan tiga bekas menteri.

Komen

..

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...