SIDANG DUN SELANGOR: NAJIB MENJUAL NEGARA KEPADA KOMUNIS – NG SUEE LIM - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak menjual Malaysia kepada China dan juga tidak bersekongkol dengan komunis.

Shahrum Sharif (BN-Dengkil) berkata adalah amat dikesali bahawa Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berfikiran seolah-olah demikian dan ia adalah tidak wajar bagi beliau untuk menyatakan begitu dalam Dewan Undangan Negeri.

“Saya rasa comments Sekinchan adalah keterlaluan. Ini sangkaan buruk dari dia untuk mengaitkan komunisme dalam hubungan dua hala Malaysia dan China,” Kata Shahrum kepada pemberita.

Beliau berkata apa yang penting ialah Malaysia berpotensi meraih manfaat ekonomi yang besar selepas menandatangani lebih daripada RM140 bilion nilai perjanjian dan MoU dengan China selepas lawatan rasmi Najib ke sana.

Shahrum berkata walaupun China akan memiliki aset yang agak besar di sini, mereka tidak boleh memindahkan aset ke luar negara dan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan dimana rakyat Malaysia akan mendapat manfaat.

Beliau juga menyatakan bahawa China telah mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar di dunia dan Malaysia memperolehi menafaat besar dengan meningkatkan hubungan dua hala bersama negara China.

Ng berkata semasa perbahasan Bajet 2017 kerajaan persekutuan sebagai hipokrit, anti-komunis tetapi tunduk kepada China dan membuat tawaran bernilai ratusan bilion dolar.

“Kerajaan persekutuan berjuang menentang komunis pada masa lalu, tetapi kini mereka berurusan dengan komunis di China,” katanya pada persidangan Dewan hari ini.

pakdin-my-dun-selangor

UTAMABERITASIDANG DUN SELANGOR: NAJIB MENJUAL NEGARA KEPADA KOMUNIS - NG SUEE LIM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium