Monday - August 2, 2021 @ 14:05
NASIONALSABAHSIDANG MEDIA PESURUHJAYA POLIS SABAH, 13 MAC 2013 JAM 10.30AM #OpsDaulat

SIDANG MEDIA PESURUHJAYA POLIS SABAH, 13 MAC 2013 JAM 10.30AM #OpsDaulat

ops_daulat-sidangmedia-130313Keadaan keselamatan di Bandar Lahad Datu telah pulih sepeti sedia kala. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan operasi masih di tutup untuk orang ramai.

Selain itu, kawasan operasi diteruskan di kawasan Tanjung Batu, Sungai Bilis dan Sungai Nyamuk untuk mengesan pengganas-pengganas yang masih bebas. Operasi mengeluarkan mayat-mayat pengganas masih diteruskan.

Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan seorang anggota tentera telah terbunuh dalam kemalangan yang berlaku di KM 37, Jalan Lahad Datu pada 12 Mac 2013 jam 7.30 pagi.

Setakat ini, jumlah pengganas yang terbunuh seramai 56 orang, 25 mayat pengganas telah berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi manakala 97 orang di tangkap dan disiasat di bawah SOSMA 2012.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here