24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

Sikap Hipokrit Dap Suka Beretorik Bukan Lagi Rahsia – Azril Rizal

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit menyifatkan segala retorik Dap yang kononnya merayakan demokrasi dan masyarakat pelbagai kaum, agama serta lain-lain retorik itu cumalah hipokrit semata-mata.

Sebaliknya bidas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh itu, teras dan akar Dap tetap berpegang pada cauvinisme dan sentiasa bersikap anti nasional yang seterusnya akan melakukan apa sahaja cara untuk mensabotaj keharmonian kaum dan agama di negara tercinta ini.

“Walaupun pentadbiran negara masih sibuk menangani wabak COVID-19 yang masih menular dan pelbagai usaha yang sedang dilakukan bagi memulihkan ekonomi, Dap tetap sibuk bermain politik kebencian dan menyebarkan api perkauman dan agama.

“Terbaru, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dap Pahang, Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan kebenaran di mahkamah untuk mencabar perintah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang yang mewajibkan tulisan Jawi untuk digunakan di papan tanda iklan telah menyerlahkan sikap hipokrit parti Dap yang bukan lagi satu rahsia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, walaupun tindakan tersebut telah ditolak dan dikritik oleh beberapa pihak termasuk pimpinan parti itu sebagai tindakan yang mementingkan diri atas hasrat dan tujuan kepentingan peribadi yang merosakkan nama baik parti itu, namun secara jelas telah menyerlahkan sikap hipokrit Dap khususnya retorik perkauman dan agama dari Dap di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Jika pimpinan Dap benar-benar kesal atas tindakan biadap Chow Yu Hui itu, pastinya mereka sudah mengambil tindakan kepada ADUN Tras itu termasuk memecatnya daripada parti.

“Hal ini kerana provokasi yang telah dilakukan Chow Yu Hui itu amat melampaui batas dan menyerlahkan sifat Dap yang sering mengambil sikap yang bersifat anti-nasional,” tegasnya.

Tanpa rahsia lagi katanya, cauvinis-cauvinis yang bersarang dalam Dap amat menyokong tindakan Chow Yu Hui yang mana pada akhirnya menyebabkan ADUN Tras itu bersama ADUN dan ahli Dap Pahang yang lain bebas untuk bersikap biadap.

Justeru, Azril turut menimbulkan persoalan buat orang Melayu Dap khususnya di Pahang mengenai isu tersebut.

“Di mana ahli-ahli dan ADUN-ADUN Melayu dari Pahang termasuk Young Syefura Othman (ADUN Ketari – Dap) dan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Ahli Parlimen Raub – Dap) dalam soal ini? Soalnya. – UMNO ONLINE

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan