Sikap Pengotor Peniaga Pasar Malam Dikesali – MB Terengganu - pakdin.my

Sikap Pengotor Peniaga Pasar Malam Dikesali MB Terengganu

Pihak berkuasa tempatan, PBT di Terengganu, diarah mengambil tindakan tegas terhadap peniaga pasar malam yang menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun maut dan 101 orang mengalami keracunan makanan, Ahad lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said juga mahu peniaga pasar malam Taman Shahbandar yang mengabaikan aspek keselamatan dikenakan tindakan.

Datuk Seri Ahmad Said berkata demikian ketika ditemui selepas melawat 85 mangsa keracunan makanan yang masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, HSNZ.

Mangsa keracunan dipercayai selepas makan nasi goreng dan ayam goreng yang tercemar oleh bakteria salmonela berdasarkan ujian yang dibuat ke atas najis mangsa.

 

UTAMASikap Pengotor Peniaga Pasar Malam Dikesali - MB Terengganu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium