25.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB PEMBANGKANG PUNCA KRISIS AIR

air-cukup-hingga-2019-khalid-1

Tiga tahun dahulu Kerajaan Pusat memberi amaran bahawa kawasan Lembah Kelang bakal berhadapan dengan krisis air yang teruk sekiranya Projek Penyaluran Air Menth dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak disiapkan menjelang 2014.

Malah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), sudahpun menjangka krisis air mungkin berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, negeri Selangor dan Putrajaya berikutan penggunaan air yang meningkat sebanyak 5,314 juta liter sehari (jlh) berbanding jumlah bekalan hanya 4,646 jlh.

Malah pada 2011 purata permintaan telah mencapai 4,197 jlh manakala kapasiti pengeluaran air sedia ada berjumlah 4,326 jlh.

?Ini menjadikan jumlah keseluruhan rezab margin hanya pada kadar tiga hingga lima peratus bersamaan dengan 130 jlh yang mampu menampung 100,000 keluarga bergantung kepada penggunaan harian.

?Kadar peningkatan permintaan air yang direkodkan pada tahap 3.5 peratus setahun sepanjang enam tahun lepas bermula dari 2005 sehingga 2010, menunjukkan situasi yang membimbangkan.


Gambaran keadaan itu adalah tiga tahun lalu apabila polemik pengambilan aset air di Selangor yang dicetuskan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR, Pas dan Dap mula mendapat perhatian rakyat.

Kerajaan pusat berkali-kali berkata ia sanggup untuk berdialog dan berunding dengan kerajaan negeri agar isu tersebut dapat diselesaaikan dengan baik.

Namun sikap keras kepada dan angkuh yang ditunjukkan oleh menteri besar Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri bukan sahaja telah melambatkan pembinaan projek Langat 2 malah mereka menentang setiap langkah positif yang dikemukakan oleh kerajaan pusat.

Kerajaan pusat juga mengingatkan kepada Selangor supaya jangan mempolitikkan isu air kerana yang jauh lebih penting dalam isu ini adalah kebajikan rakyat dan juga pembangunan ekonomi negeri dan negara secara keseluruhan.

Adalah kerajaan negeri pakatan PKR-Pas-Dap mendengar nasihat dan juga hujah rasional kerajaan pusat?

Tidak sama sekali kerana sebaliknya mereka mengambil pendirian anti-rakyat, anti-rasional dan juga anti-pembangunan dengan menolak kelulusan bagi projek tersebut yang dianggap begitu kritikal bagi mengelakkan krisis air.

Kini apa yang ditakuti telah datang menghantui seluruh rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Akibat penangguhan Projek Langat 2 oleh kerajaan negeri Selangor serta ditambah dengan cuaca yang kering dan musim kemarau sejak dua bulan lalu, catuan air terpaksa dilaksanakan.


Hampir seluruh Lembah Kelang kini terpaksa berhadapan dengan realiti catuan air yang perit dan menyusahkan.

Kerajaan negeri Selangor pimpanan PKR-Pas-Dap kini tida lagi boleh menuding jari mencari kesalahan kerajaan pusat kerana kini mereka terpaksa menanggung beban kesalahan di bahu mereka sendiri.

Demi politik murahan mereka sanggup mengorbankan agenda nasional, kebajikan rakyat dan juga kepentingan negara.

Apakah jenis kerajaan negeri yang dipimpin ketiga-ketiga parti ini apabila gila kuasa, pangkat dan jawatan mengatasi segala-galanya.

Pada peringkat permulaan catuan air , sejumlah 83,084 pintu rumah di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya akan terjejas.

Ini berikutan bekalan air sering terputus dan tekanan rendah disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.

Sudah tentu keadaan ini mampu dielakkan jika projek Langat 2 telah disiapkan seperti yang dicadangkan oleh kerajaan pusat sebelum ini.


Bayangkan kawasan-kawasan yang terjejas di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya serta tempat-tempat lain termasuk kawasan perindustrian adalah nadi ekonomi bukan sahaja Lembah Kelang tetapi juga negara.

Berapa bilion ringgit kerugian terpaksa ditanggung oleh ekonomi Selangor dan negara akibat kecuaian dan keputusan dungu kerajaan negeri PKR-Pas-Dap?

Bagaimana pula unjuran perkembangan ekonomi negeri yang kini terpaksa disemak semula kerana beribu-ribu industri yang bergantung kepada bekalan air yang bersih dan mencukupi terutamanya sektor pembuatan makanan, perkhidmatan serta elekronik.

Bagaimana pula dengan berpuluh ribu pesakit di hospital yang kini berhadapan dengan risiko yang lebih dahsyat sekiranya bekalan air terputus?

Kerajaan negeri Selangor bukan sahaja wajib meminta maaf kepada rakyat seluruh negara tetapi juga mengaku mereka telah gagal mentadbir negeri tersebut dengan baik atas amanah yang telah diberikan oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...