Simptom EBOLA sama seperti Denggi – Jangan keliru

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

wpid-ebola-virus-simptom.jpgSimptom jangkitan virus Ebola (EVD) sama seperti penghidap demam denggi di Malaysia.

Namun menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam ia memiliki ciri tambahan iaitu risiko sentuhan dengan pesakit EVD atau berkunjung ke negara terjejas.

Tambahnya simptom yang mempunyai persamaan itu ialah demam, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak, sakit perut, muntah, cirit-birit, ruam dan kelesuan.

“Di Malaysia, mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit seperti EVD juga merupakan suspek kes demam denggi, jadi untuk mengaitkan pesakit ini dengan EVD mereka perlu ada ciri-ciri tambahan iaitu ada sentuhan dengan pesakit terbabit, atau menetap dan melancong ke negara penyakit ini sedang aktif,” katanya.

Bagaimanapun, wabak EVD mungkin berlaku jika seseorang itu baru pulang dalam masa 21 hari dari negara seperti Guinea, Liberia, Sierra Leone serta Nigeria dan mengalami simptom berkenaan.

Dr Subramaniam berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penghargaan kepada Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia di Hilversum, Belanda bagi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di kementeriannya pada Rabu.

Beliau juga menasihatkan orang ramai tidak menyentuh barangan yang mungkin dicemari cairan badan pesakit seperti darah, najis dan air kencing.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar memaklumkan sejarah perjalanan mereka ke negara terbabit, jika ada, kepada doktor yang merawat.

Beliau juga menyarankan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke negara terbabit namun jika terpaksa diteruskan, mereka perlu mengelak dari melawat isi rumah atau fasiliti kesihatan yang terjejas dengan wabak EVD.

Katanya, kerajaan sudah melaksanakan langkah pencegahan terutama di pintu masuk utama negara iaitu di lapangan terbang seperti mengkuarantin dan memeriksa tahap kesihatan pelancong dari negara terbabit.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang pelajar warga Zimbabwe berumur 24 tahun, yang sebelum ini dikuarantin di Hospital Umum Kuching, Sarawak kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, disahkan negatif selepas ujian makmal ke atas sampel klinikal pelajar itu.

Sehubungan itu, kementerian berkenaan berkata setakat ini, tiada kes EVD dikesan di Malaysia.

BACA juga:

Leave a Reply