32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Sindiket Pukat Tunda Digempur – Menteri Gesa SPRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi (video)

Sindiket Pukat Tunda Digempur

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertindak menggempur sindiket pukat tunda yang dipercayai aktif memberi rasuah bagi membolehkan nelayan warga asing terutamanya dari Vietnam bebas menceroboh perairan Laut China Selatan.

Sembilan orang ditahan antara malam semalam dan pagi tadi dengan seorang daripadanya membawa lebih RM400,000 dipercayai wang sogokan kepada agensi penguatkuasa.

Berdasarkan siasatan SPRM, beberapa transaksi wang sogokan membabitkan lebih RM1.2 juta berlaku dari Mac hingga malam semalam bagi tujuan itu.

 

Gesa SPRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi

Susulan daripada pendedahan itu, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani mengesa SPRM menyiasat hingga ke akar umbi pihak yang menyeleweng terutama yang membabit agensi di bawah kementeriannya.

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri berkata mereka minta dan beri kepercayaan kepada SPRM untuk teruskan tindakan dan SPRM yakin boleh.

Paling serius bagi beliau pengeluaran kad nelayan palsu.

Kad itu akan ditunjukkan kepada pihak penguatkuasa bahawa mereka sudah membayar wang perlindungan.

 






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Malaysia Mahathir punya – Najib Razak

Pagi ini, Tun Mahathir kritik UMNO sebab kita mahu timbangkan semula kerjasama kita dengan...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan