29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Siri Jelajah Penerangan Kaedah Baru Pemilihan Umno Bermula Hari Ini

Perhimpunan Agong UMNO
Perhimpunan Agong UMNO

Ahli Jawatankuasa Pemilihan Umno akan memulakan siri jelajah untuk menerangkan kaedah baru pemilihan parti berkenaan mulai Sabtu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, ia bertujuan memberipenerangan kepada setiap anggota di peringkat akar umbi.

“Menerusi kaedah baru itu akan diwujudkan hari pencalonan untuk jawatan tertinggi parti dan hari pemilihan,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai perkhidmatan bas Nadi Putra oleh Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (PAPSB) di sini, Jumaat.

Beliau yang juga anggota jawatankuasa itu berkata, semakan senarai calon akan dibuat sebelum nama-nama tersebut diumumkan untuk membolehkan kira-kira 150,000 anggota di peringkat cawangan dan bahagian membuat pengundian.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, mengumumkan pemilihan Umno kali ini akan dilaksanakan dengan mengguna pakai perlembagaan baru parti yang membuka peluang kepada hampir 500,000 anggota di peringkat akar umbi menentukan pucuk pimpinan parti.

Pemilihan akan dijalankan selepas mesyuarat peringkat bahagian dan sebelum perhimpunan agung parti.

Satu jawatankuasa pemilihan diketuai bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali ditubuhkan untuk menerangkan kaedah pemilihan baru berdasarkan perlembagaan parti yang dipinda pada 2009 itu.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat untuksetiap cawangan bermesyuarat yang dijadual diadakan bermula 15 Julai hingga 30 Ogos ini.

Namun, katanya, tarikh pemilihan bahagian dan pusat masih belum ditetapkan kerana menunggu maklum balas daripada jawatankuasa pemilihan memilih tarikh yang sesuai.






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan