Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Siti Khuzaimah mangsa nahas Eurocopter EC 120 dijadualkan kahwin hujung tahun ini

MENYAYAT HATI : Gambar majlis pertunangan Siti Khuzaimah bersama Mohd Faitullah Ali pada 1 Januari lalu.

KUCHING: Kelengkapan perkahwinan ada yang sudah dibeli tetapi apa yang menyedihkan, bakal pengantin perempuannya sudah pergi buat selamanya.

Demikian cerita ringkas seorang saudara Siti Khuzaimah Anwar, 27, yang disahkan terkorban dalam nahas helikopter di Sungai Triso, Sri Aman kelmarin.

Mayat Khuzaimah, seorang daripada tiga mangsa helikopter Eurocopter EC 120 yang hilang, dijumpai terapung di kawasan perairan dekat Maludam semalam selepas terhempas pada Jumaat di Sungai Triso, Sri Aman.

Allahyarhamah dikatakan bakal diijabkabulkan dengan tunangannya, Mohd Faitullah Ali, pada 30 November ini disusuli dengan majlis persandingan pada 2 Disember.

“Apa yang menyedihkan saya apabila melihat kelengkapan perkahwinan Allahyarhamah,” katanya yang enggan disiarkan nama ketika ditemui di kediaman mangsa bersama ibu bapanya di Semariang, Lorong Haji Babel di sini, semalam.

Suasana sedih menyelubungi rumah Khuzaimah sebaik sahaja mendengar berita memilukan menyatakan mayatnya dijumpai pada kira-kira jam 11 pagi semalam.

Khuzaimah bekerja sebagai juruukur bahan dengan Sebiro Holdings.

Ibu bapa dan adik-beradik mangsa tidak berada di rumah cuma yang ada ialah ahli-ahli keluarga lain dan rakan-rakannya kelihatan melayan perasaan sedih masing-masing tatkala mendengar nasib malang menimpa mangsa.

“Hujung tahun ini, Siti akan berkahwin. Saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku terhadapnya,” demikian menurut Aimi Nuraida Ali Hassan yang tidak dapat menahan sebak mengenang keakrabannya dengan Allahyarhamah sejak sekolah rendah.

Seorang lagi rakan Allahyarhamah, Normalina Nawawi memberitahu, dia memang sedih apabila mendengar berita Allahyarhamah terkorban dalam insiden tersebut.

“Setahu saya, Allahyarhamah berkahwin tidak lama lagi setelah majlis pertunangan diadakan pada awal tahun ini,” ujarnya.

Ibu Siti Khuzaimah Hasyima Fadly(kiri) tidakdapat menahan kesedihan ketika jenazah anaknya ditemui.
Gambar dari album keluarga Siti Khuzaimah
Sahabat Siti Khuzaimah tidak dapat menahan kesedihan mendengar berita  nahas yang menimpa beliau.

Berkaitan