Skandal AP Rafidah Berjumlah RM95 Bilion Lebih Besar Dari 1MDB - pakdin.my

Pada tahun 2005 jumlah itu sememangnya besar, dianggarkan melebihi RM60 bilion atau lebih daripada RM2.5 bilion setahun selama kira-kira 30 tahun. Semenjak itu, ianya dianggarkan mencapai RM95 bilion. Dan Rafidah Aziz berada di pertengahan skandal ini kerana pemegang AP juga adalah pemegang saham proksinya dan dia bahkan secara terbuka memiliki hubungan dengan salah seorang pemegang AP
Raja Petra Kamarudin

Mereka mengatakan skandal 1MDB berjumlah RM42 bilion (Lim Guan Eng pula berkata ia adalah RM50 bilion). Skandal AP Rafidah Aziz, pula, dianggarkan sekurang-kurangnya RM95 bilion. Skandal ini, pada mulanya, hanya bisikan dikalangan yang berkuasa. Tetapi, ia menjadi pengetahuan umum pada 2005 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan kerajaan untuk mendedahkan skandal tersebut.

Malah pada tahun 2005 jumlah itu sememangnya besar, dianggarkan melebihi RM60 bilion atau lebih daripada RM2.5 bilion setahun selama kira-kira 30 tahun. Semenjak itu, ianya dianggarkan mencapai RM95 bilion. Dan Rafidah Aziz berada di pertengahan skandal ini kerana pemegang AP juga adalah pemegang saham proksinya dan dia bahkan secara terbuka memiliki hubungan dengan salah seorang pemegang AP.


Rafidah Aziz, bekas ‘tycoon’ Umno yang menyertai PPBM, menyebabkan pembeli kereta Malaysia menanggung RM95 billion

Bagaimanapun, Rafidah kini disambut sebagai ahli baru PPBM dan dia mahu diketahui bahawa dia tidak sama seperti semua bekas ahli Umno yang bodoh sama ada yang sudah menyertai atau baru nak menyertai PPBM. Dalam erti kata lain, semua bekas ahli Umno yang menyertai atau baru nak menyertai PPBM adalah bertujuan untuk melepaskan diri daripada tuduhan rasuah. Manakala Rafidah pula tidak menghadapi risiko untuk ditangkap atas tuduhan rasuah walaupun dia tidak menyertai PPBM.

Pendek kata, dia tidak dipaksa menyertai PPBM seperti bekas ahli Umno yang lain. Dan itu bermakna, menurut pada dia, dia tidaklah bodoh seperti bekas-bekas ahli Umno yang lain.

Jadi, soalan yang lebih penting sekarang ialah, skandal AP beranggaran sehingga RM95 bilion. Tetapi, dari mana datangnya duit itu? Dalam isu 1MDB, duit itu datangnya dari bank. Walau bagaimanapun, duit AP RM95 bilion, datangnya daripada para pembeli kereta di Malaysia. Pembeli kereta di Malaysia perlu membayar harga yang lebih tinggi untuk kereta yang mereka beli supaya kos AP ini dapat dilindungi.

‘Benda yang baik’ mengenai skandal AP ini adalah, kerajaan tidak kehilangan duit kerana ini menglibatkan pembeli-pembeli kereta, bukan kerajaan Malaysia yang membayar RM95 bilion ini. Oleh itu, bukan pembayar-pembayar cukailah yang dirompak. Yang dirompak adalah pembeli kereta, yang berkemungkinan pembayar cukai atau bukan pembayar cukai.

Dalam erti kata, ianya adalah baik. Rakyat Malaysia yang kaya, khususnya Cina, yang berkemampuan membeli kereta import, membayar RM95 bilion ini, sementara rakyat Malaysia yang miskin, seperti Bumiputera, yang tidak mampu membeli kereta import dan menaiki motosikal, tidak perlu untuk membayar apa-apa.

Selamat datang ke PPBM, Rafidah, bekas “tycoon” Umno untuk menyertai parti itu. Apa yang dimaksudkan dengan PPBM sebagai parti “billionaires” yang dikatakan oleh Zaid Ibrahim semalam?

BACA seterusnya disini: https://www.malaysia-today.net/2018/11/12/skandal-ap-rafidah-berjumlah-rm95-bilion-lebih-besar-dari-1mdb/

UTAMAPOLITIKSkandal AP Rafidah Berjumlah RM95 Bilion Lebih Besar Dari 1MDB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium