25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

SKANDAL ERA MAHATHIR TIDAK PERNAH DISIASAT OLEH PIHAK KETIGA

20170125-mahathir-skandal-bmf

Siapa boleh buktikan wang “bailout” kepada syarikat Perwaja benar benar telah diberi kepada Perwaja? Apakah ianya telah digunakan seperti di pohon oleh Perwaja?

Pernahkah syarikat Perwaja disiasat seperti PAC menyiasat wang 1MDB? Jawapannya tidak. Tiada siapa pun yang tahu.

RM9 billion ke semua jumlah yang terhapus di era tiket wayang berharga RM1.20 dan nasi lemak bernilai 0.50 sen.

Ketika Syarikat Proton baru baru ini memohon wang kerajaan sejumlah RM1.5 billion , ia telah dipohon dengan “paper work” dan proposal yang menyatakan sebab apa jumlah itu dipohon dan akan digunakan untuk apa lengkap dengan butirannya, lalu ia pun di luluskan.

Terjadikah perkara sebegitu semasa era Mahathir?

Dan untuk makluman, kononnya untuk membayar “vendor”. Setelah jual kereta masih mahu wang bantuan untuk membayar “vendor”.

Siapakah yang bijaksana duduk di tampuk pengurusan Proton sebagai “diktator’? Semua orang tahu jawapannya.

Kegagalan mutlak, tetapi tidak dianggap jenayah seperti 1MDB kerana tiada siapa mahu jatuhkan siapa ketika itu. Walaupun sudah hampir 30 tahun Proton wujud , tidak mengapa , kerana Proton memberi pekerjaan sebagai alasannya.

Dalam erti kata lain, Najib Razak pun boleh buka lagi 10 kilang kereta dan kesemuanya rugi tetapi tidak mengapa kerana memberi peluang pekerjaan.

Namun , sebelum jumlah RM1.5 billion diberi , sejumlah RM13 billion dianggarkan telah pun diberi sebagai bantuan, namun PROTON masih lagi memerlukan suntikan sehingga hari ini.

Maka dengan suntikan dana dan juga jualan kereta tentu kita ingin tahu hasil jual kereta yang sudah cecah jutaan unit, kemanakah perginya kesemua wang itu?

Persoalannya, pernahkah disiasat apa yang dibuat dengan wang suntikan yang diberi sebelum ini?

Jawapannya, tidak pernah disiasat oleh pihak ketiga.

Pada isu terkini iaitu pendedahan CIA berkenaan skandal mega wang BMF pada tahun 1983. Di mana Tun Mahathir terlibat sebagai kapasiti Perdana Menteri, Tun Mahathir telah menjawab dengan menyatakan “i was not responsible for BMF’s “missing millions” The Star, 6 Mac 2015

Dengan mudah seorang Perdana Menteri lepas tangan bila terjadinya skandal.

Masuk akalkah ketika negara tidak semewah seperti hari ini dan segumpal wang besar beralih ke tangan pihak lain tanpa pengetahuan Perdana Menteri ?

Jika mengikut rekod Bank Negara, jumlah yang hilang sejumlah RM10 billion itu lebih besar nilainya dengan rizab bersih Bank Negara pada tahun 1983 iaitu pada hanya RM9.5 billion.

Besar nilainya itu. Jumlah wang yang dianggar hilang sebab skandal BMF lebih besar nilainya pada rizab Bank Negara. Mengapa Mahathir membisu dan lepas tangan?

Itu kata Tun Mahathir, tambah lagi ada laporan menyatakan siasatan pernah dibuat, namun sedalam mana ia disiasat dan dari sudut mana disiasat boleh dipersoalkan.

Kita boleh lihat betapa kes besar melibatkan wang rakyat beralih ke tangan pihak bukan “bumiputera” dari bank milik bumiputera.

Pihak menyiasat hanya menghantar seorang sahaja auditor dan kemudian auditor iti dibunuh, seolah olah mahu menutup kes.

Inilah bau bau najis di zaman Tun Mahathir memerintah.

Belum lagi isu Forex loss di anggarkan RM30 billion pada tahun 1992 dan 1993. Benarkah Forex Loss? Atau paper loss? Atau sebenarnya tiada “loss”?

Rizab Bank Negara pada 1993 adalah sejumlah RM47 billion. Nilai Forex Loss adalah sejumlah RM30 billion atau 63% dari jumlah rizab negara. Ini satu jumlah yang besar.

Pernahkah disiasat “Loss” nya itu? Atau sandiwara sahaja kerana wang itu telah dialihkan.

Kita boleh andaikan pelbagai bagai kerana ia belum pernah disiasat.

Kita boleh 1MDB kan semua kes dan skandal kewangan di zaman Tun.

Rakyat boleh juga tukarkan isu kesilapan perniagaan kepada jenayah perniagaan dan penyelewengan.

Ia bergantung kepada siapa yang “busuk” hati untuk melakukannya.

Ketika MAS dibeli semula dalam keadaan uzur , miskin dan daif dari Tajuddin Ramli, ia dibeli dengan harga “bodoh” iaitu RM8 sesaham , sedang kan harga saham MAS cuma RM3 sahaja.

Siapalah yang bodoh yang menganjurkan MAS diserahkan kepada individu, dan si bodoh mana yang arah beli semula setelah MAS dipunahkan?

Beli semula atas nama “National Interest” menggunakan wang rakyat, apa kejadahnya? Ketika menyerah kepada kroni atas nama apa? “crony interest”?

Mahukah Najib Razak buka kes ini dan “classiffed” kan ia kes jenayah dan bukan kes kesilapan perniagaan?

Untuk makluman, kes 1MDB hanyalah kes perniagaan biasa, dan jika ada silap ia hanya keputusan silap perniagaan sahaja.

Tetapi akibat ada orang busuk hati mahu jatuhkan Perdana Menteri , maka ia dijadikan seolah olah kes jenayah.

Kini , terdedah kesemuanya kisah lampau, di mana tindakan bodoh dan keputusan bodoh telah di buat di zaman “rakyat bisu”.

Dan peliknya , kesemua kes dan skandal di era Tun Mahathir belum pernah ada siasatan menyeluruh dan terperinci.

Dan paling menjadi persoalan, adakah dengan menjatuhkan semua Perdana Menteri dengan kadar satu penggal adalah untuk menyelamatkan tengkuk sendiri kerana ketakutan hal hal sebegini akan timbul semula.

Maka perlu sangat untuk segera naikkan zuriat supaya berasa selamat dari hal ini semua dengan menggunakan kuasa Perdana Menteri.

Nampaknya titik titik hitam sudah boleh dicantumkan untuk nenjadikan ia satu garisan.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...