24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Skandal Forex BNM: Kit Siang Sepatutnya Gembira

Setelah lebih 20 tahun mempersoalkan kerugian forex Bank Negara pada awal 90-an harini akhirnya Lim Kit Siang (林吉祥), CM Lim Guan Eng, Democratic Action Party (DAP) dan pembangkang lain akhirnya mengetahui jumlah kerugian sebenar yang ditanggung Bank Negara.

Suruhanjaya Diraja menyiasat kerugian Bank Negara menemui bahawa:

1. Bank Negara kerugian RM31.5 billion daripada tahun 1992 sehingga 1994.

2. Perdana Menteri pada masa itu (Dr. Mahathir bin Mohamad) telah memberi lampu hijau kepada Menteri Kewangan (Anwar Ibrahim) untuk memberi kenyataan yang mengelirukan jemaah menteri.

3. Bank Negara dengan sengaja menyembunyikan kerugian dengan memindahkan saham ke dalam akaun mereka melalui kenaikan harga saham tersebut.

4. Pecah amanah dilakukan oleh Mahathir, Anwar, Daim, Nor Yakcop, pegawai Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit mengesyorkan mereka disiasat lanjut oleh polis

Sepatutnya orang yang paling gembira adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP tetapi hari ini mereka senyap sunyi.

Begitulah hipokritnya mereka ini. Hanya kerana Mahathir kini berada di sebelah mereka, kerugian lebih RM30 billion bukan lagi isu bagi mereka. RM30 billion pada awal 90an, nilainya pada tahun 2016 (menganggap inflasi tahunan 3%) adalah RM59 billion.


Bank Negara membayar dividen tahunan kepada kerajaan. Jika Bank Negara tidak kerugian RM31.5 billion ini sudah tentu dividen yang lebih tinggi boleh dibayar kepada kerajaan untuk digunakan membiayai perbelanjaan pembangunan negara.

Kiralah sendiri berapa banyak sekolah, hospital, jalanraya boleh dibina pada awal 90an dengan RM31.5 billion.

Selain DAP yang hipokrit, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pendebat terbaik Asia pula sibuk nak kata kes forex ini hanya melibatkan KERUGIAN sahaja.

Budak mentah tak pernah ada kerja sebenar dalam hidup ni tak faham bahawa skandal forex ini bukan hanya melibatkan kerugian kewangan sahaja tetapi juga melibatkan pecah amanah, menipu kabinet, parlimen dan rakyat serta melindungi kerugian sebenar. Ini adalah kegagalan institusi yang jika berlaku pada masa sekarang pasti akan menjadi bahan pembangkang setiap hari.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ini baru Bank Negara. Belum lagi skandal Konsortium Perkapalan, BMF Hong Kong, Perwaja Steel dan macam-macam lagi bail-out yang dilaksanakan ayahanda kamu Dr. Mahathir bin Mohamad yang melibatkan puluhan billion kalau bukan ratusan billion ringgit duit rakyat.

Kalau tak faham apa-apa duduk diam atau teruskan berdebat di peringkat universiti sampai ke tua.


Rujukan:

  1. Penyata Rasmi Parlimen – 17 Mei 1993: http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-17051993.pdf#page=367&zoom=70&search=forex
  2. Penyata Rasmi Parlimen – 2 Disember 1993: http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-02121993.pdf#page=10803&zoom=70&search=forex
  3. Penyata Rasmi Parlimen – 21 Disember 1993: http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-21121993.pdf#page=12459&zoom=70&search=forex
  4. Blog Lim Kit Siang 2004: https://limkitsiang.com/archive/2004/jan04/lks2837.htm
  5. Laporan RCI Forex BNM diedar ke Dewan Rakyat – Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/laporan-rci-forex-bnm-diedar-ke-dewan-rakyat-161632

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

  1. Rakyat dah muak dengan isu lapuk ni. Sekarang Rakyat dok sembang Skandal terbaru, Skandal 1MDB,MARA dan yang terbaru SKANDAL FELDA. Skandal macam ni lah rakyat nak dengar dan dihujahkan. Bincang fasal Forex atau BMF Rakyat kata Isu Low Class

  2. tu sepatut nya lim kit siang gembira kerana da terjawab soalan yg dia na tanya pda erah pemerintahan.mahadir. sepatutnya dia berterima kasih pada umno dan pemerintahan sekarang yg telah membongkar nya tapi kalau masih lagi mshadir dan di sambong oleh anak nya spi mati ta dapat jawapan nya

  3. Yg lapuk itulah yg paling berharga ibarat barang antik ..skrg Madey sudah di penghujung jln..segala rahsia yg di sembunyikan dulu sudah terbongkar ..Lim Kit Sial dulu hanya tahu kerugian cuma 5 billion saja tapi skrg rupanya 31.5 billion berpuluh2kali ganda ..

  4. …………………./´¯/)
    ………………..,/¯../
    ………………./…./
    …………./´¯/’…’/´¯¯`·¸
    ………./’/…/…./……./¨¯
    ……..(‘(…´…´…. ¯~/’…’)
    ……………………..’…../
    ……….”…………. _.·´
    ……………………..(
    …………………………

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...