26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

SKANDAL FOREX: LANTIK ANWAR MENTERI KEWANGAN TUTUP KESALAHAN

20170131-mahathir-daim-forex

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa terpaksa melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan pada 1991 untuk menutup kesalahan melibatkan kegiatan perdagangan mata wang asing yang dilakukan oleh beliau dan Tun Daim Zainuddin.

Pengendali blog, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, sejak akhir 1980-an Bank Negara Malaysia (BNM) terjebak dalam perdagangan mata wang asing atau forex dan mengalami kerugian.

Menurutnya, seawal tahun 1989, media Barat telah mendedahkan bahawa BNM merupakan spekulator tukar mata wang a­sing (forex) terbesar di dunia tetapi pada masa itu BNM dikatakan sudah mengalami masalah.

“Mengapa pada 1991 Dr. Mahathir terpaksa menggantikan Daim dengan Anwar adalah mudah. Bank Negara telah terlibat dengan aktiviti forex dan mengalami kerugian, hanya menunggu masa sesuai untuk dunia menge­tahuinya.

Jadi lebih baik untuk Daim meletakkan jawatan dan membiarkan Anwar mengambil alih,” katanya yang dipetik melalui portal www.malaysia-today.net hari ini.

Raja Petra mendakwa, tugas Anwar ketika itu adalah untuk menutup kerja-kerja kotor yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dan Daim.

“Pada September 1992, George Soros te­lah menyerang pasaran tukaran wang a­sing dengan AS$8 bilion (RM35.4 bilion) di­pinjam daripada Bank Negara yang sudah hampir tenggelam. Pada waktu itu, Bank Negara hilang AS$10 bilion (RM44 bi­lion) manakala Soros pula meraih keuntungan AS$1.2 (RM5.31 bilion),” jelasnya.

Katanya, walaupun Dr. Mahathir mengetahui Anwar merupakan seorang yang bercita-cita tinggi, namun beliau tidak mempunyai cara lain bagi menyelamatkan dirinya serta Daim.

“Pada waktu itu Dr. Mahathir memerlukan Anwar dan berbaloi untuknya mengambil risiko tersebut,” katanya.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Ekonomi – Mahathir Vs Najib

Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib. Satu soalan yang ditanya adalah apakah...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...