Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm

Malaysia

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm

Global

All countries
245,947,200
Confirmed
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
All countries
221,176,242
Recovered
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm
All countries
4,991,008
Deaths
Updated on October 28, 2021 20:39 8:39 pm

Skandal KBB-HLFB: Bakal Tamatkan Riwayat Politik Anwar

Anwar dan Vincent Tan

Bala lagi…mungkin itulah sahaja yang Anwar mampu katakan apabila satu lagi skandal yang mengaitkan dirinya terdedah.  Kali ini, bukan skandal seks tetapi skandal rasuah atau kroni atau lebih tepat salahguna kuasa – yang mana butirannya hanya akan terjawab di mahkamah.  Tetapi yang pastinya, Anwar sememangnya dikatakan terlibat.

Kerana itulah Anwar telah menolak mentah-mentah sapina yang dikemukakan terhadapnya.

Kes ini timbul berikutan saman oleh Hong Leong Bank Bhd terhadap ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM445 juta pada 1998.

Untuk makluman, Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Finance Berhad (HLFB) mempunyai hubungan yang baik dengan Anwar.   Dan pada ketika itu, Anwar adalah di dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir sebelum mantan Perdana Menteri tersebut selesai menyiasat skandal seks dan homoseksnya.

Selain itu, pemilik asal KBB, iaitu syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) dimiliki oleh Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah pula merupakan penulis ucapannya.

Melalui hubungan antara kroni inilah maka Anwar telah memastikan yang wang sebanyak RM445juta telah diluluskan oleh HLFB sebagai pinjaman kepada Low bagi mengambil-alih KBB.  Wang tersebut kemudiannya, dipindahkan kepada AMC tanpa melalui prosedur biasa, yang memerlukan proses pengambilalihan selesai terlebih dahulu.  Akhirnya, setelah pemindahan wang berlaku, pengambil-alihan tidak pula berlaku sepertimana sepatutnya.

Anwar tahu bahawa sukar untuknya melepaskan diri dari isu ini apatah lagi apabila semuanya dibongkar di mahkamah.  Tidak mustahil ‘perjalanan’ dan ‘aktiviti’ wang tersebut akan dijejak semula yang mana akhirnya akan membongkar lebih banyak rahsia hitamnya.

Silap haribulan, akan timbul kes baru yang akan membawa Anwar ke mahkamah sekali lagi sebagai tertuduh.

Jika tahun 1998 menyaksikan begitu banyak drama hebat yang melibatkan Anwar, maka pastinya kisah di belakang tabir drama ini adalah jauh lebih hebat lagi.   Bayangkan, dengan wang sebanyak itu, dan mungkin juga lebih lagi dari sumber yang lain, apakah yang telah dilakukan Anwar bagi memastikan skandal homoseksnya ditutup dari pengetahuan Tun Dr. Mahathir dan rakyat.

Bayangkan, berapa ramaikah yang telah disogok dan diupah oleh Anwar untuk tujuan ini. Dengan wang sebanyak itu juga, bayangkan apa yang Anwar boleh lakukan dengan petugas media asing terutama yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Kota Singapura.

Membayangkan semua ini, tidak hairanlah Anwar menolak sapina terhadapnya.  Dengan pilihanraya yang semakin hampir serta Datuk S. Nallakarupan yang tidak sabar-sabar malah ‘teruja’ sekali untuk disaman, sungguh Anwar tidak sanggup menerima satu lagi bala.

Walaupun Anwar tahu pihak pendakwa pasti akan memohon perintah mahkamah agar beliau hadir, tetapi sekurang-kurangnya dapatlah beliau melambat-lambatkan proses perbicaraan.  Lagipun melambatkan proses bicara sudah menjadi kepakarannya.

Penulis yakin, Anwar amat berharap agar kes ini dapat dilengah-lengahkan sehingga selepas pilihan raya umum, dengan andaian jika beliau menjadi Perdana Menteri, kes ini boleh dibuang begitu sahaja.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021