Skandal pembelian aset MARA di Australia 2012 #pakdin.my

Ahli Parlimen Johor Bahru (PKR) dan ahli Parlimen Seputeh (DAP) telah membuat gesaan terbuka supaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera, berikutan mahkamah Australia di Melbourne telah mendakwa beberapa individu tertentu (rakyat Malaysia) berkaitan tuduhan rasuah dalam pembelian bangunan di
Melbourne oleh anak syarikat Mara Incorporated Sdn Bhd pada tahun 2012 dan 2013.

Saya menyokong gesaan kedua-dua Yang Berhormat tersebut dan berharap
pihak SPRM dapat bertindak segera ‘without fear or favour’ dan membawa
mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Saya percaya beberapa perkara yang telah berbangkit di mahkamah Australia
berkenaan kes ini, turut melibatkan “Maklumat Baru” yang sememangnya
menuntut dan membolehkan SPRM membuka semula penyiasatan mereka
yang terdahulu.

Saya dilantik sebagai Pengerusi Mara pada 19 Julai 2013 menggantikan Datuk
Seri Idris Jusoh. Pembelian aset-aset tersebut telah berlaku antara tahun 2012
hingga Mac 2013 iaitu sebelum saya dilantik sebagai Pengerusi Mara. Waktu
itu Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Mara adalah Datuk Dr Yusof Yaakob
(kini Menteri Negeri Sabah), Pengerusi Mara Inc pula adalah Dato Lan Alani
dari Semporna Sabah, sementara Menteri yang menjaga MARA dan yang turut
meluluskan pembelian adalah Dato Seri Shafie Afdhal (kini Ketua Menteri
Sabah).

Saya percaya kesemua mereka boleh membantu penyiasatan SPRM.

TAN SRI TPr HJ ANNUAR MUSA
Menteri Wilayah Persekutuan
7 Ogos 2020

Australian man charged with bribing Malaysian official to secure sale of MARA’s Dudley House
https://pakdin.my/australian-man-charged-with-bribing-malaysian-official-to-secure-sale-of-maras-dudley-house/

Dakwaan Korupsi Libatkan Pegawai Mara Akan Disiasat Secara Terperinci – Najib
https://pakdin.my/dakwaan-korupsi-libatkan-pegawai-mara-akan-disiasat-secara-terperinci-najib/

SPRM Teliti Laporan Dakwa Pegawai MARA Terlibat Penipuan Di Melbourne
https://pakdin.my/sprm-teliti-laporan-dakwa-pegawai-mara-terlibat-penipuan-di-melbourne/

PM Kecewa Kenyataan Pengerusi Mara Diputar Belit
https://pakdin.my/pm-kecewa-kenyataan-pengerusi-mara-diputar-belit/

Berkaitan