Skandal Rasuah Dengan Azmin Ali Berpisah Tiada - pakdin.my

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu kerana skandal tanah di Ijok. Penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion itu menimbulkan kontroversi dan dipersoalkan pelbagai pihak, termasuk peneroka.

Lima syarikat menerima transaksi wang kira kira RM200 juta iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

“SPRM juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk, yang dipercayai berada di luar negara” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Siapa Datuk yang berada di luar negara itu? Apakah Datuk itu ada kaitan dengan Azmin Ali dan Mahathir? Difahamkan Datuk itu adalah Khairuddin yang mempunyai dua syarikat iaitu syarikat Mujur Zaman dan LBCN Development. Khairuddin merupakan bekas pengarah eksekutif kedua dua syarikat tersebut.

Pada 14 Februari 2018, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pernah mempersoalkan kenapa Azmin Ali menyerahkan tanah peneroka di Ijok itu kepada dua syarikat ini.

“Apa justifikasi Azmin menyerahkan tanah ini kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LCBN Development Sdn Bhd, sedangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada keputusan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, untuk mengambil semula tanah itu” kata Rahman Dahlan.

Pada 2014, semasa Azmin menjadi Menteri Besar, dan sebelum Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan kes ini, Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dan beberapa syarikat berkaitan pada 22 September 2015 membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual tanah kira-kira 880 hektar dengan harga RM1.18 bilion.

Pada 17 Mei 2016 Azmin memfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada Mahkamah Persekutuan bahawa kerajaan Selangor dan Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd bersetuju untuk membatalkan kes ini.

Azmin seterusnya membuat keputusan menyerahkan semula tanah itu kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd dan syarat penting serta wajib dalam perjanjian penyelesaian itu ialah penjualan tanah mesti dibuat kepada syarikat awam yang berkenaan. Khairuddin pula adalah bekas pengarah eksekutif kepada kedua dua syarikat itu.

Tanah peneroka di Ijok yang dijual adalah berkeluasan 2,198.4 ekar dengan harga RM1.18 billion. Sejumlah 981 peneroka dibayar hanya RM421.4 juta sahaja sebagai pampasan oleh dua syarikat swasta yang terbabit. Mana baki lagi RM758.6 juta ?

Difahamkan semalam, wang bernilai RM36 juta sudah dibekukan dan dipercayai adalah hasil daripada skandal tanah di Ijok. Maknanya ada lagi baki sejumlah RM722.6 juta. Apakah wang baki itu sedang dibawa lari di luar negara oleh Datuk tersebut untuk tujuan pengubahan wang haram?

Azmin tidak menjawab langsung hal skandal tanah di Ijok ini. Malah lebih melucukan bila Azmin dilanda dengan skandal tanah di Ijok dan krisis air di Selangor, apa yang dibuat oleh Azmin adalah mencari simpati dengan membalut tengkuknya sahaja.

Skandal rasuah berpisah tiada dengan Azmin Ali. Skandal tanah di Ijok libatkan wang peneroka beratus juta ringgit. Bukannya satu jumlah yang kecil. Takkanlah wang itu sanggup dibawa lari ke luar negara untuk dibuat dana pilihanraya kempen pada PRU14 nanti? Guna duit peneroka hendak kempen PRU14?

Ini bukan kali pertama skandal rasuah menyelubungi Azmin Ali di Selangor. 14 April 2017, SPRM telah menahan Adam Rosly yang memiliki kekayaan meragukan dan punyai “banglo Disneyland” berharga RM4 juta di Ampang.

30 November 2017, anak saudara Azmin Ali ditahan SPRM kerana skandal projek lombong pasir dan wang berjumlah RM4 juta dibekukan. Malah rakyat kena tahu, hanya Selangor sahaja yang masih belum tandatangan Ikrar Basmi Rasuah (IBR). Apa yang Azmin takut sangat?

http://portal.pakdin.my/2017/11/anak-saudara-azmin-ali-mb-selangor.html?m=1

Takut kerana skandal rasuah dengan Azmin Ali berpisah tiada. Bukan sedikit yang hilang dalam skandal tanah di Ijok, melibatkan wang berjumlah RM758.6 juta wang rakyat. Bukan sedikit juga wang yang kerajaan BN beri pada Azmin untuk selesaikan masalah air, RM22.3 billion jumlahnya.

Oleh kerana itulah, Azmin disaman sejumlah RM14 billion oleh Puncak Niaga kerana melengah lengahkan pengstrukturan semula syarikat air di Selangor. Entah entah ada wang yang diminta ambil alih syarikat air itu pun lesap dan hilang juga. Kemungkinannya ada.

Rakyat Selangor harus bangkit dan tukar kerajaan Azmin Ali yang sombong di Selangor ini. Air terawat tiada, Azmin tidak mahu mengaku, malah mahu humban pula Menteri dan KSU ke dalam empangan. Skandal rasuah dan krisis air, dua sebab utama untuk rakyat Selangor tukar kerajaan yang sedia ada di Selangor.

https://pakdin.my/krisis-air-selangor-azmin-tak-faham-air-terawat-dan-air-mentah/

———–
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/ijok/

Tulisan :
Beruang Biru
BB830, Rabu
21 Mac 2018

UTAMABERITASkandal Rasuah Dengan Azmin Ali Berpisah Tiada

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium