SKANDAL SELANGOR: PAKATAN MEROMPAK HARTA ANAK YATIM - pakdin.my

Masih ingat pendedahan Mykmu mengenai skandal kewangan Yayasan Selangor yang antaranya ialah mengenai kos majlis perasmian Asrama Maahad Tahfiz Kiblah di JALAN AMPAR TENANG, BATU 31, KAMPUNG SEMARANG 43800 DENGKIL SELANGOR DARUL EHSAN?

20101227-halimah

Yayasan Selangor dikatakan memperuntukkan sebanyak RM 40 ribu untuk majlis perasmian Asrama ini yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Persoalan yang Mykmu timbulkan ketika itu ialah mengapa Yayasan memberi peruntukan sedemikian besar untuk majlis perasmian sebuah sekolah swasta yang tidak ada kena mengenai dengannya?

Menurut maklumat yang kami terima kos ini dibayar terus kepada SDF Media & Events. Syarikat ini juga telah menerima projek sambutan hari raya Yayasan Selangor secara runding terus dengan kontrak bernilai RM 320 ribu.

Namun isu Asrama Ampar Tenang ini jauh lebih besar daripada isu kos perasmian sekolah swasta yang dibiayai oleh Yayasan Selangor.

Asrama Ampar Tenang ini dibina oleh Yayasan Selangor semasa pemerintahan Barisan Nasional untuk dijadikan sebuah seolah berasrama penuh untuk anak-anak yatim. Ini bertujuan memberi peluang kepada anak-anak yang tiada ibu bapa memperolehi pendidikan yang baik seperti anak-anak keluarga lain.

Malangnya, apabila asrama ini siap, kerajaan negeri telah berubah kepada Pakatan Rakyat dan kepimpinan Yayasan Selangor juga telah bertukar kepada kroni Pakatan. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat Asrama ini tidak sewajarnya menjadi sebuah Sekolah Berasrama Penuh untuk anak-anak yatim negeri Selangor kerana ia hanya merugikan Yayasan, kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat.

Seperti mana penutupan IKYS di Sabak Bernam sebelum ini bagi membolehkan kroni mereka mengambil alih pengurusan bangunan tersebut pada masa akan datang, demikian jugalah apa yang berlaku kepada Asrama ini.

Asrama ini telah disewa sebanyak RM 20 ribu sebulan kepada Yayasan Yakin yang mempunyai lesen untuk menjalankan pendidikan swasta di bawah jenama Kiblah. Yayasan ini mempunyai hubung kait dengan beberapa individu yang bersimpati dan menyokong Pas dan PKR.

Kita tidak mempertikaikan hasrat dan cita-cita Yayasan Yakin untuk mengadakan pendidikan Islam. Itu adalah hak mereka.

Jika tidak asrama ini pun mereka boleh sewa di tempat lain tetapi harganya mungkin lima enam kali ganda daripada kos sewa ala kroni dari Yayasan Selangor ini.

Yang dipertikaikan ialah mengapa Yayasan Selangor sanggup mengambil hak dan keperluan anak-anak yatim di Selangor dan menggadaikan kepada institusi lain yang ada kepentingan dan tujuan lain?

Jika semuanya berasaskan untung rugi maka Yayasan Selangor harus ditukar kepada syarikat Sendirian Berhad bukannya lagi sebuah yayasan seperti sekarang.

Jika penutupan IKYS mengambil dan merampas hak milik pelajar luar bandar yang ingin belajar kemahiran, penyewaan Asrama Ampar Tenang ini lebih dahsyat lagi. Ia merampas hak anak-anak yatim di Selangor.

Ini dilakukan secara terang-terangan dengan restu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Y.B. Dr. Halimah Binti Ali (PAS) dan Tan Sri Khalid Ibrahim yang merasmikan pembukaan Asrama Ampar Tenang Kiblah.

Kalau Khalid memang jahil agama, tapi alangkah hinanya Dr. Halimah apabila tenggelam dek kerakusan kuasa sehingga sanggup merampas hak anak-anak yatim.

Lupakah beliau terhadap firman Allah, “Sesungguhnya orang -orang yang memakan harta akan-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nya”. ( Surah An-Nisa : Ayat 10)

Sumber: MyKMU.net

UTAMAPOLITIKSKANDAL SELANGOR: PAKATAN MEROMPAK HARTA ANAK YATIM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium