Skandal songlap era Mahathir tiada siapa yang siasat - pakdin.my

MUNGKIN lucu dan pelik apabila sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tiada siapa pun berani mahu menyiasat pelbagai penyelewengan negarawan tersebut.

Meskipun isu panas itu sering dibangkitkan pembangkang termasuk otai DAP sendiri, Lim Kit Siang sama ada ketika berceramah politik atau perbahasan di Parlimen, akhirnya skandal mega berkenaan senyap begitu sahaja.

Siapa boleh membuktikan wang rakyat digunakan untuk bailout atau menyelamatkan Perwaja Steel Berhad benar-benar diberi kepada syarikat keluli terbesar nasional itu dan telah digunakan seperti yang dipohon pihak tersebut.

Pernahkah Perwaja disiasat secara telus sebagaimana dilakukan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen begitu gigih menyiasat aliran dana oleh sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia iaitu 1MDB?

Bayangkan sejumlah RM9 bilion diperuntukkan untuk Perwaja dan kesemua dana itu terhapus hangus begitu sahaja ketika era sekeping tiket wayang filem masih berharga RM1.20 dan sebungkus nasi lemak pun bernilai 50 sen.

Ketika Proton pernah dahulu memohon dana kerajaan berjumlah RM1.5 bilion, ia disertai dengan ‘kertas kerja’ yang menyatakan sebab apa jumlah itu dipohon dan bakal digunakan untuk apa lengkap butiran sebelum diluluskan.

Lucunya konon untuk membayar vendor tetapi setelah jual kereta pun Proton masih mahu wang bantuan untuk membayar vendor. Siapakah bijaksana di tampuk Proton sebagai ‘diktator’ ketika itu? Semua tahu jawapannya.

Ia kegagalan mutlak, tetapi tidak dianggap jenayah seperti 1MDB kerana tiada siapa mahu jatuhkan siapa ketika itu, walau sudah 30 tahun Proton wujud, tidak mengapa, kerana ia memberi banyak pekerjaan sebagai alasan logiknya.

Dalam erti kata lain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya boleh ‘buka’ lagi 10 buah kilang kereta dengan kesemuanya rugi tetapi itu tidak mengapa kerana memberi peluang pekerjaan kepada penganggur.

Namun, sebelum RM1.5 bilion diberi, dianggarkan RM13 bilion telah diberi sebagai bantuan selama ini, namun Proton masih memerlukan suntikan dana sehingga hari ini malah kurang menguasai pasaran automotif tempatan.
Baca: CIA Dedah Dokumen Skandal Tun M Dalam BMF
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/selepas-3-dekad-cia-dedah-dokumen-penglibatan-dr-m-skandal-bmf/

Maka dengan suntikan dana tambahan tetapi jualan tidak lagi menggalakkan, tentu ramai ingin tahu ke manakah perginya semua wang rakyat hasil daripada jualan kereta yang sudah mencecah jutaan unit itu sejak sekian lama?

Persoalan, pernahkah disiasat apakah sebenarnya dibuat dengan wang suntikan diberi sebelum ini? Jawapannya, tidak pernah pun disiasat oleh pihak ketiga seperti PAC dan sekadar berakhir dengan cakap politik kedai kopi!

Lebih kelakar, untuk isu terkini susulan pendedahan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) berhubung skandal songlap mega Bumiputera Malaysia Finance (BMF) era 1980-an, Mahathir seperti ‘terkedu’ memberi dalih.

Beliau selamba dilaporkan oleh akhbar popular berbahasa Inggeris The Star hanya menjawab dengan menyatakan “I was not responsible for BMF’s “missing millions” (Saya tidak bertanggung jawab untuk kehilangan jutaan BMF itu).

Begitulah mudahnya Mahathir ‘lepas tangan’ walhal masuk akalkah ketika negara belum mewah seperti hari ini namun segumpal wang beralih ke tangan pihak lain tanpa pengetahuan beliau sebagai perdana menteri waktu itu?

Itu kata Mahathir, tambah lagi memang ada laporan menyatakan siasatan pernah dibuat, namun sedalam mana ia pernah disiasat dan dari sudut mana disiasat pun sebenarnya boleh dipersoalkan dari segi tahap integriti.

Kita boleh lihat betapa kes besar wang rakyat beralih ke pihak bukan bumiputera dari bank milik bumiputera tetapi pihak penyiasat hanya hantar seorang sahaja juruaudit dan kemudian dibunuh misteri, seolah-olah mahu tutup kes.

Inilah ‘bau najis’ zaman Mahathir memerintah yang waktu itu belum lagi ada media sosial dan aplikasi gajet pintar untuk penyebaran maklumat waima rakyat dikongkong cuma mendapatkan berita daripada media arus perdana.

Belum lagi isu kerugian tukaran wang asing dianggarkan berjumlah RM30 bilion yang diarahkan Mahathir terhadap Bank Negara Malaysa. Benarkah forex loss atau paper loss atau sebenarnya tiada loss seperti mana dinyatakan?

Pernahkah PAC atau Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat kerugian bank pusat itu? Atau adakah ini juga sandiwara Mahathir sahaja kerana wang itu telah dilesapkan secara senyap.
Baca: Adakah Tun M Kini Jadi Balaci Singapura?
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/adakah-tun-m-kini-jadi-balaci-singapura/

Skandal songlap era Mahathir tiada siapa yang siasat

Kita boleh andaikan pelbagai alasan kerana ia belum pernah disiasat bahkan kita juga boleh jadikan semua skandal zaman Mahathir dahulu sebenarnya seumpama kes 1MDB. Cuma yang bezanya isu 1MDB jauh lebih telus!

Rakyat sebenarnya boleh juga menukarkan terma isu kesilapan perniagaan era Mahathir kepada istilah jenayah komersial dan penyelewengan duit rakyat. Ia bergantung kepada siapa yang ‘busuk hati’ untuk melakukannya.

Ketika MAS dibeli semula dalam keadaan uzur, miskin dan daif daripada kroni Mahatir, Tan Sri Tajuddin Ramli, ia dipaksa dijual dengan harga ‘bodoh’ iaitu RM8 sesaham walhal harganya ketika itu cuma sekitar RM3 sahaja.

Siapalah yang bodoh mengarahkan syarikat penerbangan kebangsaan itu diserahkan kepada individu, dan si bodoh mana pula yang arah beli semula setelah ia habis dipunahkan serta ditanggung oleh pentadbiran selepas Mahathir?

Beli semula konon atas nama ‘kepentingan negara’ dengan menggunakan wang rakyat, apa kejadahnya, kerana ia jelas terbukti menyerahkan kepada kroni sendiri namun diubah atas nama apa? Tanggung jawab sosial korporat?

Mahukah Najib sendiri buka semula kes ini dan menyenaraikan ia sebagai kes jenayah komersial dan bukan kes kesilapan perniagaan. Untuk makluman sebagai perbandingan, isu 1MDB hanyalah contoh kes perniagaan biasa.

Jika ada silap pun, ia cuma keputusan akibat kesilapan perniagaan semata-mata seperti isu Temasek di Singapura, tetapi akibat ada individu ‘busuk hati’ mahu guling Perdana Menteri, maka ia dijadikan seolah-olah kes jenayah.

Kini, terdedah kesemua kisah lampau Mahathir, apabila tindakan bodoh dan keputusan bodoh telah dibuat pada zaman rakyat ‘bisu dan buta’ maklumat. Peliknya, skandal era Mahathir belum pernah pun ada siasatan terperinci.

Dan paling menjadi persoalan, adakah dengan menjatuhkan semua Perdana Menteri dengan kadar satu penggal konon adalah untuk menyelamatkan ‘tengkuk’ diri sendiri kerana ketakutan hal lampau sebegini akan timbul.

Maka perlu sangat dan memang logik untuk beliau segera menaikkan zuriat sendiri sebagai Perdana Menteri supaya berasa lebih selamat daripada hal ini semua dibongkarkan dengan menggunakan kuasa khas Perdana Menterinya.

Nampaknya titik-titik hitam zaman Mahathir yang konon dianggap sebagai gah gemilang dahulu tetapi kini sudah boleh dicantumkan untuk dijadikan ia sebagai satu garisan.

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=g8HMmaFgOHM


Rujukan:
https://pakdin.my/tag/perwaja/

https://pakdin.my/tag/forex/

https://pakdin.my/tag/kroni/

https://pakdin.my/tag/bmf/

Sumber: My News Hub

UTAMAPOLITIKSkandal songlap era Mahathir tiada siapa yang siasat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium