Skim air percuma bergantung kepada kewangan negeri – Azmin #pakdin.my

azmin-naik-tarif-air-selangor

Skim pemberian air percuma kepada rakyat Selangor bagi 2017 dan tahun seterusnya bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan negeri, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, ini berikutan skim yang diperkenalkan sejak 2008 itu membabitkan jumlah peruntukan besar.

“Untuk 2016 kita akan teruskan (skim air percuma) seperti yang kita umumkan dalam bajet sebelum ini kerana kita telah memperuntukkan RM170 juta bagi tujuan itu.

“Bagaimanapun untuk tahun seterusnya (selepas 2016) kita akan lihat kemampuan kerajaan negeri memandangkan kos untuk skim itu agak tinggi,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Berkaitan