Skim pemilikan rumah Selangor umpan politik

SHAH ALAM 9 Ogos – MCA Selangor menyifatkan skim pemilikan kediaman persendirian yang diperkenalkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertujuan memudahkan rakyat negeri itu memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel, sebagai satu umpan politik semata-mata.

Ketua Penerangannya Datuk Yap Pian Hon mendakwa, kerajaan negeri mengaburi mata rakyat dengan mengatakan mereka boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membuat bayaran RM1,000 menerusi skim itu, sedangkan mereka perlu menjelaskan bayaran premium tinggi untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah.

“Mengikut siasatan kami, penduduk di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang, yang menetap di tanah seluas 4,239 kaki persegi (393.8 meter persegi) dikenakan bayaran RM1,000 untuk memiliki ”land title” sahaja dan mereka langsung tidak diberitahu mengenai bayaran premium tanah RM30,978 untuk perbaharui tempoh pajakan sehingga 60 tahun.

“Ini sangat keterlaluan sebab kalau ikut pentadbiran Barisan Nasional terdahulu, penduduk hanya dikenakan 50 sen bagi setiap kaki persegi bagi tanah seluas lebih 4,000 kaki persegi (371.6 meter persegi), dan ini bermakna mereka hanya perlu bayar RM2,000 sahaja untuk perbaharui tempoh pajakan sehingga 60 tahun.

“Kadar pengiraan formula ini pula dibatalkan dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor yang dikeluarkan mengenai garis panduan skim baru ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini