30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

SKMM perlu siasat khabar angin harga RON95 naik

RON 97

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung penyebaran isu kenaikan harga minyak RON 95 sebanyak 10 sen yang disebarkan semalam.


Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, tindakan perlu diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengelakkan rakyat terus tertipu dengan perkara-perkara seperti ini.

“SKMM perlu melakukan siasatan segera tentang isu ini dan mereka yang terlibat perlu diambil tindakan berat dan tidak wajar dibiarkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Taste of Malaysia di AEON Tsudanuma di sini hari ini.


Beliau mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam tadi.

Hasan berkata, usaha kerajaan membangunkan negara dengan bersungguh-sungguh ketika ini telah dicemburui oleh sesetengah pihak dan terus-menerus mencetuskan suasana huru-hara seperti isu kenaikan harga minyak ini.


“Kita dapat lihat semalam, apabila tersebarnya berita kenaikan berkenaan, orang ramai mula membuat pembelian panik sehinggakan berlaku huru-hara di stesen-stesen minyak. Sebaliknya kerajaan tidak mengumumkan kenaikan tersebut,” jelasnya.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan