SKMM: Sekat TMI kerana aduan orang ramai - pakdin.my

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan sekatan terhadap laman berita The Malaysian Insider (TMI) dibuat berdasarkan aduan dan maklumat orang ramai.

Suruhanjaya itu berkata portal itu telah mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, SKMM memperingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya.

skmm-sekat-tmi

“Ini kerana, tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut dengan jelas artikel yang dipertikaikan itu.

Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain.

Seseorang yang melakukan kesalahan bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pesalah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Keterangan sekatan itu hari ini menyebut TMI disekat kerana melanggar undang-undang negara.

Sekatan itu menimbulkan kebimbangan aktivis media bebas dan hak asasi manusia di negara ini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pihak berkuasa, termasuk SKMM dan Menteri Kommunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkaitan sekatan itu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari pada 12 Februari lalu mengingatkan bahawa portal berita dan laman web tidak terlepas daripada kawalan undang-undang, termasuk komen dan kenyataan pembaca.

Jailani berkata, sesebuah portal tetap perlu bertanggungjawab atas penyebaran bahan berunsur fitnah dan mencetuskan perbalahan.

UTAMABERITASKMM: Sekat TMI kerana aduan orang ramai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium