Skuad Sayang Tawar Diri Bersih Rumah Mangsa Banjir @ShahrizatJalil - pakdin.my

Skuad Sayang Tawar Diri Bersih Rumah Mangsa Banjir

Prihatin terhadap kesusahan yang terpaksa dilalui mangsa banjir selepas dibenarkan pulang ke kediaman mereka lebih 3,000 sukarelawan dari Skuad Sayang Wanita Umno hari ini digerakkan bagi membantu membersihkan kediaman mangsa.

Menurut Ketua Pergerakkan itu, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, inisiatif itu diambil bagi memastikan mangsa tidak terus tertekan selepas kediaman mereka dinaiki air.

Datuk Seri Sharizat ditemui ketika menyertai aktiviti membersihkan balai raya Kampung Bandar Baru Mentok di Kemaman siang tadi.

Selain kerja pembersihan, barangan keperluan harian antaranya makanan, lampin pakai buang dan susu turut disalurkan kepada penduduk yang terjejas.

 

UTAMAPOLITIKSkuad Sayang Tawar Diri Bersih Rumah Mangsa Banjir @ShahrizatJalil

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium