Statistik Corona

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Malaysia
75,947
Active
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Malaysia
28,400
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,240,479
Confirmed
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Indonesia
4,083,690
Recovered
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Indonesia
143,235
Deaths
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am

Thailand

Thailand
1,859,157
Confirmed
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Thailand
1,740,316
Recovered
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
Thailand
18,799
Deaths
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am

Global

All countries
244,627,492
Confirmed
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
All countries
219,895,377
Recovered
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am
All countries
4,967,060
Deaths
Updated on October 26, 2021 00:33 12:33 am

SMS Speaker Bukti Kerajaan Selangor ‘Caca Marba’ – @nohomar

Datuk Seri Noh Omar dua kiri bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan Umno Selangor — Foto Bernama.

KUALA SELANGOR: Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang Khim menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS)kepada Exco pada persidangan DUN, membuktikan kerajaan pakatan pembangkang itu ketika ini berada dalam keadaan “caca-marba”.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mendakwa tindakan Teng itu jelas menunjukkan kesemua pemimpin kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu termasuk Menteri Besar dan anggota Exco tidak tahu mengenai peranan masing-masing.

“Seharusnya perkara sebegini tidak berlaku tetapi apabila semua pihak dalam kerajaan pakatan tidak tahu peranan masing-masing dan semua mahu tunjuk pandai, ini yang terjadi.

“Tindakan (menghantar SMS) tersebut seterusnya merendahkan serta satu penghinaan terhadap kebolehan Exco, seolah-olah Exco ini tidak tahu buat kerja sehingga terpaksa Speaker pula yang memberi arahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Larian ‘Secupak Budi, Sepenuh Hati’ anjuran Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) di sini, pada Sabtu.

Pada sidang DUN Selasa lepas, Teng menghantar SMS meminta semua anggota Exco kerajaan negeri “menggunakan peluang secukupnya” untuk menjelaskan kejayaan kerajaan negeri itu memerintah Selangor selama empat tahun dalam sesi penggulungan perbahasan.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata perkara tersebut juga berlaku kerana kerajaan negeri pimpinan PKR itu tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan.

“Bila tiada point untuk dia (Menteri Besar) mahu cakap yang boleh dimaklumkan di dalam dewan mengenai kejayaan pembangunan yang dicapai oleh kerajaan negeri, jadi speaker pula terpaksa bagi tunjuk-ajar apa yang perlu dicakap,” katanya.

Pada majlis itu, Noh turut menyampaikan cek bernilai RM184,231.15 sumbangan Bernas kepada lima buah rumah anak-anak yatim di sekitar Kuala Selangor.

Wang sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan Bernas melalui kempen tanggungjawab sosial korporatnya iaitu program ‘Secupak Budi, Sepenuh hati’ yang dilancarkan pada Julai tahun lepas.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021