26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Soi Lek Cabar PR Masukkan Hudud Dalam Manifesto Pilihanraya @nikabdulaziz

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dalam satu kenyataannya awal minggu ini secara terbuka mengakui jika majoriti rakyat Malaysia bersetuju dengan hudud PAS, MCA menerimanya dengan hati terbuka.

Serentak dengan itu, beliau juga mencabar PR khususnya DAP dan PAS untuk memasukkan janji perlaksanaan hudud PAS itu ke dalam manifesto PR sempena PRU 13.

Hari ini pula, dalam akhbar Sinar Harian, sekali lagi Soi Lek mengulangi cabaran itu. Katanya, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi, PR perlu meletakkan hudud versi PAS dalam manifesto mereka untuk pilihanraya akan datang.


Selanjutnya, Soi Lek juga mendesak DAP mengeluarkan kenyataan terbuka dan tidak sesekali lari bersembunyi berdolak dalik dalam isu ini.

Persoalannya, siapakah dikalangan pemimpin PAS yang berani menyahut cabaran tersebut? Dan siapa pula dari kalangan DAP yang sanggup berkata, “kami bersedia menerima hudud PAS jika itu kehendak majoriti”?

Padahal secara lojiknya, PAS patut menyambut cabaran ini untuk membuktikan kesungguhannya mengutarakan hudud PAS bukannya sekadar omong kosong untuk dipolemikkan sahaja.

Malah sewajarnya PAS dapat menyeru DAP dan PKR untuk sama-sama membuat komitmen rasmi sebagai dasar bersama bahawa bahawa sekiranya PR berjaya mengalahkan BN maka usaha ke arah perlaksanaan hukum hudud akan dimulakan secepat mungkin.


Namun, percayalah sama ada PAS mahupun DAP apatah lagi PKR, tidak sesekali sanggup mengikrarkan komitmen tersebut, sementelah lagi janji pelaksanaan hudud hanyalah umpan politik PAS untuk mengabui mata umat Islam.

Pendirian PR dalam isu hudud sudah lama diketahui umum, mereka sepakat untuk mengesampingkan isu pelaksanaan hukum hudud. Malah dalam Buku Jingga yang ditandatangani bersama oleh DAP, PKR dan PAS juga mengesahkan hudud tiada tempat dalam dasar PR.

Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga telah mengikrarkan pelaksanaan hudud bukannya dasar PR selagi persetujuan secara konsensus ketiga-tiga parti dalam PR itu gagal dicapai.


Makna kata, jika PR memerintah Malaysia pun, hudud yang sering PAS propagandakan itu tidak akan dilaksanakan tanpa persetujuan DAP dan PKR. Seperti kita maklum sejak dulu hingga sekarang dan selama-lamanya, DAP kekal dengan sikapnya untuk tidak bersetuju dengan hudud PAS.

Dengan demikian, cabaran oleh Presiden MCA itu akhirnya hilang ditelan angin lalu, atau jika tidakpun kita akan mendengar jawapan streotype dari pemimpin dan penyokong PAS yang mengkambing hitamkan UMNO diatas kegagalan PAS menepati janji politik mereka.

Berita Berkaitan

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan