25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Sokong Himpunan Sejuta Umat

Umat Islam di seluruh negara diajak menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN), Selamatkan Akidah Umat di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini.

Pengerusi Bersama HIMPUN, Dr. Yusri Mohamad berkata, sehingga kini lebih 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan sokongan untuk menyertai perhimpunan bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam yang semakin terancam kebelakangan ini.

“Beberapa NGO dari Indonesia dan Brunei juga sudah memberi maklum balas positif untuk menyertai perhimpunan bermula pukul 2 petang itu.

“Jadi, saya ingin mengajak semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik menyertai perhimpunan ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, individu yang turut menjadi tulang belakang HIMPUN, Datin Seri Fatini Yaacob berkata, perhimpunan itu bertujuan memberikan ingatan supaya umat Islam bersatu mempertahankan akidah.

“Musuh kita sudah merangka pelbagai agenda tetapi kita sesama Islam masih lagi leka dan berpecah-belah, jadi HIMPUN merupakan peringatan kepada kita tentang sejarah isu-isu murtad yang berlaku di negara ini,” katanya.

Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, perhimpunan itu bukan bagi menguatkan sentimen Islamofobia tetapi hanya untuk mengingatkan penganut agama lain supaya menghormati agama Islam.

“Kita meminta penganut agama-agama lain menghormati agama Islam yang sudah termaktub sebagai agama rasmi seperti mana kita menghormati mereka menjalankan ibadat masing-masing,” katanya.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya menyifatkan perhimpunan itu sebagai medan untuk menegaskan kepada umat Islam betapa pentingnya bersatu mempertahankan akidah.

“Kita juga ingin menyeru semua pihak bersama-sama mempertahankan institusi raja yang menjadi penaung kepada institusi agama di setiap negeri,” katanya.

Setiausaha Front Bertindak Anti Murtad (Forkad), Kamaruzaman Mohamad pula berpendapat, perhimpunan yang bakal diadakan itu bukan hanya untuk mempertahankan akidah tetapi semua isu melibatkan agama Islam.

“Umat Islam bukan hanya perlu memelihara akidah daripada terpesong, tetapi apa-apa sahaja isu yang menghina Islam perlu dipandang serius daripada menjadi bahan hinaan pihak-pihak lain,” katanya.

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

[Video] GRS bincang hala tuju selepas berjaya bentuk kerajaan negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah akan berbincang dengan rakan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai hala tuju gabungan itu selepas berjaya membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan