Sokong ISMA, Iktiraf Malaysia Bumi Warisan Melayu - pakdin.my

Ikatan Muslimin Malaysia

Jika sesuatu bangsa itu dibunuh dan dihapuskan terus, mereka tetap akan meninggalkan kesan sejarah dari budaya yang merangkumi agama dan tradisi.  Maka, bangsa itu, secara dasarnya tidaklah lenyap terus, tetapi sekadar ‘hilang’ dari muka bumi.

Namun, jika dihapuskan budaya bangsa itu dan sejarahnya diubah serta agama dan tradisinya dikucar-kacirkan, maka walaupun pada dasarnya bangsa itu wujud, tetapi ia sebenarnya telah lenyap sama sekali.

Sedar atau tidak, inilah perancangan para ektremis Cina di negara ini, yang turut disokong oleh golongan Melayu liberal secara sedar, dan Melayu-PAS secara tidak sedar.

Justeru, perjuangan ISMA untuk mendesak dunia mengiktiraf Malaysia sebagai bumi warisan dan hak Melayu bukanlah sesuatu yang remeh dan tidak relevan sepertimana sangkaan golongan yang berpemikiran cetek.

Jelas, ISMA memandang jauh ke hadapan, dan mampu mendalami dan menyelami agenda tersirat pihak yang ingin melenyapkan Melayu dari muka bumi sendiri.

Hari ini, Melayu diasak agar menggadaikan ‘bangsa’ mereka kepada sesuatu yang dipanggil ‘bangsa Malaysia’.  Malangnya, ‘bangsa Malaysia’ yang didesak ke atas kita itu langsung tidak mengambilkira hak Melayu sebagai penduduk asal dan tidak meletakkan syarat  di mana semua bangsa di bumi ini wajib berasimilasi dengan budaya dan bahasa Melayu.

‘Bangsa Malaysia’ yang dicadangkan itu, ingin memadam terus kewujudan ‘Melayu’ sepertimana kenyataan Lim Kit Siang sendiri.

Percubaan ektremis Cina untuk melenyapkan Melayu disyaki sudah dirancang sedari awal. Ini berikutan keengganan mereka mengiktiraf dan menghayati sejarah awal Tanah Melayu sejak azali lagi.  Masyarakat  Cina negara ini hanya melihat sejarah negara bermula dari era penjajahan British di mana tok nenek moyang mereka mereka di bawah ke sini untuk bekerja di lombong bijih timah.

Bagi mereka, sejarah negara sebelum kedatangan nenek moyang mereka ke sini adalah tiada kena mengena dengan mereka.

Apabila berlakunya 13 Mei, kita dapat melihat sekali lagi sikap bangsa Cina yang tidak pernah meletakkan kesetiaan kepada pemerintah Melayu.   13 Mei adalah sebenarnya satu percubaan merampas kuasa politik dari orang-orang Melayu.

Sejak itu, orang-orang Cina terus cuba mengubah sejarah berkenaan 13 Mei dan juga mengenai komunis.  Sebolehnya, mereka mahu dunia mengiktiraf komunis sebagai wira dan mereka pula bukan sebagai dalang 13 Mei.  Oleh itu, sejak sekian lama, mereka giat mengedar risalah yang memaparkan sejarah palsu mengenai komunis dan juga 13 Mei. Jika sebelum ini mereka melakukannya secara sembunyi-sembunyi tetapi hari ini mereka telah berani melakukannya secara terbuka.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mereka-reka cerita kononnya kaum Cinalah yang mula-mula datang ke rantau ini dan kononnya sejarah kepahlawanan Melaka sebenarnya melibatkan bangsa Cina.

Selain itu, kita juga dapat mengesan bagaimana budaya Melayu dipencilkan dalam gabungan yang kononnya merujuk kepada kepelbagaian atas nama ‘budaya Malaysia’.

Kita tidak tahu kegilaan apakah atau ketamakan apakah yang melanda orang-orang Cina yang masih tidak cukup-cukup tanah dan wang yang dimiliki mereka walaupun sudah ‘membiak’ dan menyedut kekayaan hampir di seluruh benua.

Rasanya tidak salah jika kita menganggap kesungguhan DAP dan MCA mendesak penerimaan idea Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) untuk menghapuskan ‘bangsa’ dalam borang rasmi sebagai bukti wujudnya usaha serius dan bersepadu untuk melenyapkan Melayu dari muka bumi ini.

Bayangkan, sekiranya kategori ‘bangsa’ dihapuskan, bangsa Cina masih wujud dengan merujuk kepada negara China.  Begitu juga bangsa India kekal wujud dengan merujuk kepada negara India.  Namun, bangsa Melayu tidak akan mampu merujuk ke mana-mana lagi kerana di sinilah saja tempat tanah tumpah darah Melayu.

Kita seharusnya bersyukur kerana ISMA berani tampil ke hadapan membawa perkara ini ke peringkat dunia.  Sesungguhnya, tidak mustahil ancaman terhadap penghapusan bangsa Melayu bukanlah ilusi tetapi ia benar-benar berasas jika dilihat dari rentak langkah golongan ektremis Cina.

Sudah sampai masanya orang-orang Melayu belajar berfikir lebih jauh dan mendalam bagi memastikan kesinambungan bangsa kita di muka bumi ini.   Ini bukan lagi masa untuk berfikir secara remeh dan ala kadar bagi mengisi kehidupan pada, dan ketika ini.  Bangsa Melayu wajib mula berfikir merentasi zaman dan generasi jika ingin ‘menang’ dalam persaingan merebut tanah air sendiri, serta menyatakan kewujudan diri.

Ingatlah, jika benar mereka wujud golongan yang ingin menghapuskan Melayu itu, maka mereka bukannya merancang perkara ini setahun dua, tetapi berpuluh tahun merentasi zaman dan generasi.  Mereka kekal fokus dan tidak pernah mengubah arah destinasi biar pun apa yang terjadi.  Setiap kali kecundang, seperti 13 Mei, mereka akan belajar dari kesilapan dan mengatur strategi yang lebih mantap lagi.

Jika kita tidak ingin lenyap, maka kita wajib bangun mempertahankan diri dengan berdiri di belakang ISMA dalam isu ini.

UTAMAPOLITIKSokong ISMA, Iktiraf Malaysia Bumi Warisan Melayu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium