Sokongan Cina merosot, DAP buka cawangan di kawasan Melayu - pakdin.my

dap-cawangan-melayu-2

Sokongan kaum Cina yang dilihat semakin merosot mendesak DAP untuk membuka cawangan parti itu di kawasan perkampungan Melayu.

“Perkara itu kita boleh lihat sendiri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana ada wakil rakyat DAP dan PKR juga dari kaum Cina yang mula tidak memberi sokongan kepada parti itu (DAP) terutama sekali Lim Guan Eng, sebab itu beliau mula guna strategi lain,” kata Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya, Jumaat.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata, mereka yang menyertai DAP itu sememangnya penyokong parti itu dan bukan penyokong baharu seperti diwar-warkan.

“Baru-baru ini ada beberapa cawangan baharu parti DAP di kawasan perkampungan Melayu di sini (Kepala Batas), tindakan parti itu dilihat untuk menarik sokongan orang Melayu selepas sokongan dari Cina semakin merosot,” katanya mengulas  laporan portal berita berhubung perasmian enam cawangan baharu DAP yang dianggotai orang Melayu di Kepala Batas baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan DAP itu bagaimanapun hanya menarik minat anggota parti daripada pakatan mereka sendiri lantaran kecewa dengan kedudukan dan kegagalan parti berkenaan.

“Siasatan dan risikan kami mendapati cawangan baharu itu disertai ahli parti pakatan dalaman mereka juga iaitu PAS kerana kecewa dengan kedudukan PAS, jadi bukanlah ‘ahli baharu’ sebalik orang yang sama dan hanya bertukar ‘kapal’ sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai terutama masyarakat Melayu agar lebih berwaspada dan tidak tertipu taktik parti rasis itu yang menwar-warkan seolah mereka telah mendapat sokongan daripada kaum Melayu.

dap-cawangan-melayu

UTAMAPOLITIKSokongan Cina merosot, DAP buka cawangan di kawasan Melayu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium