25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Sokongan Penduduk Ranau Setinggi Gunung Kinabalu – @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menunjukan sayur segar semasa mengunjungi pasar tani sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat di pekan Kundasang di sini, hari ini.
Turut sama Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman (dua, kiri) dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun.KUNDASANG, 14 Okt  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak bimbang dengan kawasan Parlimen Ranau pada pilihan raya umum akan datang kerana beliau yakin sokongan rakyat di kawasan itu yang tidak berbelah bagi terhadap Barisan Nasional (BN).

“Sejak kami tiba di sini, saya dapat merasakan kedinginan udara dan saya percaya saya akan tidur dengan nyenyak malam ini.

“Bukan sahaja kerana kedinginan udaranya, tetapi kerana sokongan mantap penduduk di sini,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Negara Kinabalu di sini Sabtu malam.

Turut hadir ialah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Najib juga bersetuju dengan kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karanaan dan Paginatan iaitu Datuk Masidi Manjun dan Datuk Dr Ewon Ebin bahawa masyarakat Ranau yang majoriti dari kaum Dusun ikhlas menyokong BN.

“Kalau pilihan raya diadakan esok, BN tetap akan menang kerana sokongan rakyat di sini setinggi Gunung Kinabalu,” katanya.

Beliau menjelaskan masyarakat di Ranau tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri perjumpaan tertutup dengan pemimpin-pemimpin BN Sabah.

Pada Ahad, beliau akan melepaskan peserta 26th Mount Kinabalu International Climbathon di sini pada pukul 7 pagi sebelum membuat tinjauan mesra di Pekan Kundasang dan akan ke Kudat sebagai mengakhiri lawatan dua harinya di Sabah.

….

….

Ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Negara Kinabalu, malam tadi, Perdana Menteri menyifatkan sokongan rakyat khususnya di Kundasang dan Ranau kepada Barisan Nasional amat mantap dan setinggi Gunung Kinabalu.

Beliau percaya masyarakat di Ranau dan Kundasang tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang.

Katanya, sokongan berterusan rakyat kepada BN penting kerana segala yang diperjuangkan kerajaan untuk negara sejak 55 tahun lalu, hilang sekelip mata jika rakyat silap memilih.

Sebelum itu, Perdana Menteri menghadiri perjumpaan tertutup dengan pemimpin BN Sabah.






Berita Berkaitan

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan