Sokongan pengundi Cina kepada BN meningkat – Ahmad Maslan

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, ia berikutan sentimen penolakan peniaga-peniaga Cina yang terkesan dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) | pakdin.my

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan optimis dengan menyatakan pengundi Cina di Tanjung Piai akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, ia berikutan sentimen penolakan peniaga-peniaga Cina yang terkesan dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Pada saya sokongan masyarakat Cina bertambah kepada BN ketika ini sebab peniaga mendakwa perniagaan mereka merosot dalam era pentadbiran PH,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, langkah BN untuk tidak mengumumkan calon pada majlis pelancaran jentera semalam adalah sebahagian daripada strategi.

“Umum calon ini bila-bila masa pun boleh asalkan sebelum hari penamaan. Jadi tarikh itu terpulang kepada strategi BN untuk umum.

“Semalam kalau kita lihat di latar belakang yang disediakan di majlis tu adalah pelancaran jentera PRK Tanjung Piai. Tidak ada sebut pun umum nama calon. Jadi itu strategi kami,” katanya lagi.

Di Pontian semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya melancarkan jentera PRK tanpa menyebut nama calon untuk pilihan raya kawasan itu yang akan diadakan pada 16 November depan.

Ia dibuat selepas PH menerusi Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon mereka bagi mempertahankan kerusi itu.

PH mengetengahkan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon mereka.

Untuk rekod, BN akan mengumumkan calon mereka esok menerusi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad. 

https://pakdin.my/tag/prk-tanjung-piai

21 KOMEN

  1. Comments

    comments

  2. JANGAN NAK KUATKAN HUJAH UNTUK TIDAK MELETAKKAN CALON UMNO DI TG PIAI .
    BERDASARKAN PRU2 YG LEPAS2, FAKTA MENUNJUKKAN MAJORITI PENGUNDI CINA TETAP MENGUNDI DAP/PH.
    ORANG2 MELAYU SHJ YG UNDI BN.
    JANGAN PROPA SBB NAK JUSTIFIKASIKAN LETAK CALON CINA MCA DI TG PIAI. MELAYU BERKALI2 DITIPU LAGI. DAHLAH PEMIMPIN2 PH KAKI KENCING, JGN PULA PEMIMPIN2 UMNO PUN NAK MULA BELAJAR MENGENCING

    • Hulur 1 dah bising, nak harao orang hulur banyak. Johor, Selangor, Penang boleh ucap selamat tinggal tanpa undi cina 15%. Melaka & Negeri Sembilan boleh tutup buku juga dengan keangkuhan korang. Redholah Islam dan Melayu terus di kuasai DAP dengan 42 kerusi kerana sifat tamak dan angkuh kita. Muafakat Nasional tak dapat 100% undi Melayu macam penyatuan Cina.

    • Game of numbers untu kita mendapat kuasa bagi membela agama bangsa tidak akan tercapai tanpa 15% undi Cina. Tak percaya panjang umur kita tenhok PRU15. Usah angkuh dalam usaha mempertahankan agama bangsa.

    • 57% tolak 25% calon melayu gerenti menang tanoa undi Cina. Strategi untuk seluruh Johor PRU15 tolak tepi. Menang sorak kampung tergadai. Kita tunhhu PRU15 yenhok keputusan Johor akibat sikap korang.

    • UMNOHuluSelangor.com Mukasurat 3

      Analisa keputusan PRU14 Tanjung Piai
      3hb Oktober 2019
      Oleh : Pena MZR

      Objektif
      1. Menentukan jumlah sokongan pengundi2 berbilang kaum di Tanjung Piai kepada BN, PAS dan PH

      Data dianalisa dengan merujuk juga rumusan keputusan PRU14 dan lain2 faktor yang berkaitan terutama rekod calon BN Tanjung Piai.
      1. Peratusan undi kaum2 utama di Malaysia seperti Melayu, Cina, India dan Lain2 kaum
      i. Bangsa Melayu didapati mengundi BN 40%, PAS 32% dan PH 28%
      ii. Kaum Cina mengundi BN 2.47% dan PH 97.53%
      iii. Kaum India mengundi BN 30% dan PH 70%
      iv. Lain2 Kaum mengundi BN 50% dan PH 50%
      2. Kerusi Parlimen Tanjung Piai merupakan kerusi MCA BN Datuk Wee Jeck Seng yang diwarisi dari DS Ong Ka Ting. Secara tradisi, mana2 MP akan membina hardcore voters sebelum bersara. Walau pun sokongan pengundi Tanjung Piai kepada BN MCA merosot dari PRU11 hingga PRU14, sekurang2nya MCA masih lagi memiliki 15% sokongan pengundi kaum Cina. Sebagai rumusan, BN MCA masih mempunyai 17.46% sokongan dari pengundi2 Cina.
      3. Undi Bangsa Melayu terpecah kepada 3 parti antara PAS, BN dan PH. Di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, undi PAS adalah hanya sumbangan Bangsa Melayu sahaja. Oleh itu, Pengiraan Perjumlahan undi mengikut kaum akan dimulakan dengan menjumlahkan undi kaum Cina, India dan Lain2 kaum terlebih dulu.

      Perjumlahan undi mengikut kaum yang mengundi BN dan PH di Tanjung Piai
      1. Kaum Cina
      i. Undi BN/MCA
      Jumlah undi kaum Cina yang sah untuk perjumlahan undi ialah 18,767 dengan sokongan 14.7%
      = 18,767 x 17.47%
      = 3,279 undi
      ii. Undi PH
      Sokongan undi kaum cina kepada PH 82.53%
      = 18,767 x 82.53%
      = 15,488 undi

      2. Kaum India
      i. Undi BN
      Sokongan undi kaum India kepada BN 30%
      = 454 x 30%
      = 136 undi
      ii. Undi PH
      Sokongan undi kaum India kepada PH 70%
      = 454 x 70%
      = 318 undi

      3. Lain2 kaum
      i. Undi BN
      Sokongan undi Lain2 kaum kepada BN 50%
      = 291 x 50%
      = 145 undi
      ii. Undi PH
      Sokongan undi Lain2 kepada PH 50%
      = 291 x 50%
      = 146 undi

      4. Perjumlahan undi untuk kaum Cina, India dan Lain2 kaum yang mengundi BN dan PH
      i. Undi
      = 3,279 + 136 + 145
      = 3,560 undi
      ii. Undi PH
      = 15,488 + 318 + 146
      = 15,952 undi

      5. Undi Bangsa Melayu untuk BN dan PH
      i. PAS seperti yang sedia maklum telah mendapat 2,962 undi dari 100% orang Melayu
      ii. Undi PH
      = jumlah keseluruhan undi PH – jumlah undi PH yang diperolehi dari undi 3 kaum Cina, India dan Lain2 kaum
      = 21,255 – 15,952
      = 5,403 undi
      % undi Bangsa Melayu untuk PH
      = (5,403/25,600) x 100
      = 21.1%
      iii. Undi BN
      = jumlah keseluruhan Melayu yang diterima SPR – undi PAS – undi Melayu untuk PH
      = 25,600 – 2,962 – 5,403
      = 17,235 undi
      % undi Bangsa Melayu untuk BN
      = (17,235/25,600) x 100
      = 67.32%

      6. Jumlah undi mengikut pecahan kaum yang diperolehi BN dan PH seperti berikut,
      i. BN
      Melayu = 17,235 undi
      Cina = 3,279 undi
      India = 136 undi
      Lain2 kaum = 145
      ii. PH
      Melayu = 5,403 undi
      Cina = 15,488 undi
      India = 318 undi
      Lain2 kaum = 146 undi

      (20,731/20,795) x 100%
      = 99.6%
      Data ini dianalisa dengan ketepatan 99.6%

  3. Tau pun kita kalah yeruj kerana majoriti cina tak mengundi kita. Kalau siorang terus tak mengundi mita hasilnya tetap sama. BN terua jadi pembangkang dan akan pupus kerana gagal bertahan sebagai pembangkang. Pergi study angka.

Comments are closed.