Solat Aidilfitri di Selangor 8.30 pagi - pakdin.my

wpid-suasana+solat+raya.jpg

SHAH ALAM – Solat sunat Hari Raya Aidilfitri di semua masjid dan surau di Selangor ditetapkan pada pukul 8.30 pagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, penyelarasan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan kepada jemaah dan ketidakseragaman waktu solat antara masjid dan surau.

“Apa yang diharapkan dengan ketetapan ini, sedikit sebanyak akan memberi ruang dan masa yang cukup untuk umat Islam hadir ke masjid dan surau sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri didirikan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Haris turut menasihati umat Islam agar menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana selain mengeratkan silaturahim dengan menziarahi keluarga dan sahabat handai.-

UTAMAGAYA HIDUPAGAMASolat Aidilfitri di Selangor 8.30 pagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium