25 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

Solat hajat minta PH kaji keputusan tamatkan guru al-Quran

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, solat hajat diadakan bagi memohon kepada Allah supaya pintu hati pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengkaji semula keputusan menamatkan perkhidmatan 3,075 penggerak masyarakat yang menjalankan tugas menyampaikan dakwah dan mengajar al-Quran, di Kelantan.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu, ini kerana, sebahagian besar mereka terbabit sudah menjalankan tugas itu lebih 20 tahun dan menjadikan ia sebagai satu-satunya mata pencarian.

Malah, mereka juga sudah memberikan sumbangan besar dalam masyarakat kerana berperanan utama melengkapkan lagi pengajian al-Quran walaupun pelajar sudah mempelajarinya di sekolah.

“Kita rasa kegiatan dakwah di Kelantan akan terencat dengan tindakan menamatkan perkhidmatan penggerak masyarakat ini khususnya dalam aspek pengajian al-Quran.

“Kita panggil penggerak masyarakat tapi tugasnya mengajar al-Quran selama dua jam sehari bagi lima hari seminggu di kampung.

“Kalau dulunya orang kampung membayar dalam bentuk barangan seperti beras kepada mereka yang mengajar al-Quran, namun keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang menghargai sumbangan mereka untuk memberi elaun sebanyak RM400 sebulan.

“Elaun ini diberikan bagi mengurangkan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka belajar membaca al-Quran, selain sebagai tanda kebajikan kepada penggerak masyarakat ini menyampaikan dakwah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa di Pejabat Perhubungan UMNO, di Kota Bharu, malam ini.

Sehubungan itu, beliau harap Kerajaan PH dapat melihat sumbangan dan kebajikan mereka kerana dalam konteks Kelantan, program dakwah pengajian al-Quran cukup penting bagi melengkapkan lagi apa yang dilaksanakan secara formal di sekolah.

“Sempena Ramadan ini, kita simpati dengan nasib mereka, sebab itu kita mengadakan solat hajat merayu semoga kerajaan PH mengkaji semula keputusan menamatkan perkhidmatan mereka memandangkan sumbangan besar berkaitan dakwah dan bacaan al-Quran di negeri ini.

“Mungkin kerajaan baharu mempunyai dasar mereka. Kita hormati keputusannya. Namun, mungkin sebahagian besar daripada penggerak masyarakat ini perlu ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk disenaraikan bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Mula2 taktik diorg TAMATKAN GURU ALQURAN…pastu kita bantah habis habisan…diorg terima dgn syarat…GURU2 AGAMA LAIN JUGA AKAN DIWUJUDKAN DAN DIBERI ELAUN ATAU GAJI SAMA SEPERTI GURU ALQURAN….ini pandangan saya

    • “Kalau dulunya orang kampung membayar dalam bentuk barangan seperti beras kepada mereka yang mengajar al-Quran, namun keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang menghargai sumbangan mereka untuk memberi elaun sebanyak RM400 sebulan.

      “Elaun ini diberikan bagi mengurangkan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka belajar membaca al-Quran, selain sebagai tanda kebajikan kepada penggerak masyarakat ini menyampaikan dakwah,”

      Lepas ni da x payah bayar cikgu ngaji wat perabih beras jer.. Bak kata org komen atas ni..

  2. Apa la kejadah nk jimat nk bayar hutang negara dgn berhentikan pekerjaan rakyat.tak ke pelik nk selesaikan masalah negara ke nak tambah sengsara rakyat,pastu yg terjejas sumanya bumiputera Islam haha yg bukan bumis sorak gembira yela kjaan dia ekonomi dia negara dia hahahaha tu la si tua tu dh hint Melayu mudah lupa korang degilll kan!!!!

  3. Ini la perubanhan yg katanya lebih baik.. Punah negara. Dah terhantuk baru terngada.. Kesian.. Ini la akibat klu kt tdk mensyukuri nikmat. DSN punya la baik tapi pangkah lain.. Apa boleh buat nasi dah jadi bubur.. Bonus pun takde.. Ko punya pangkah aku kena sekali. Brim pun kena slash

  4. “Kita panggil penggerak masyarakat tapi tugasnya mengajar al-Quran selama dua jam sehari bagi lima hari seminggu di kampung.

    “Kalau dulunya orang kampung membayar dalam bentuk barangan seperti beras kepada mereka yang mengajar al-Quran, namun keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang menghargai sumbangan mereka untuk memberi elaun sebanyak RM400 sebulan.

    “Elaun ini diberikan bagi mengurangkan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka belajar membaca al-Quran, selain sebagai tanda kebajikan kepada penggerak masyarakat ini menyampaikan dakwah,”

  5. Saya yakin bahwa ini tidak akan berlaku sebab malaysia adalah mayoritas islam. Di manakah nurani para pemimpin yqng beragama islam dalam pentadbiran pakatan harapan? Jika ini berlaku…. Berarti pakatan harapan sudah siap menghadapi tsunami politik yang akan membawah kepada peralihan kuasa pada pru 15 nanti.

  6. masya allah .. bala apa lagi ni tun woiyhh ?nampak sgt anti islam . dulu zaman kegemilangan nk haposkn pengajian pondok skrg nak haposkn sistem pelajaran islam . ujian apa ni wahai penyokong2 ph ?? subhanallah ..

  7. Dah jelas mp bukan islam yang menguasai ph mereka disokong pula oleh mh islam liberal sekular yang anti islam mereka sedaya upaya nak hapuskan islam dinegara ini dengan memansuhkan pengajaran ugama islam.menamatkan guru kafa dan guru alquran secara tak langsung terpadamlah tunas islam.ini yang dimahukan puak tu

  8. sebelum komen baca lah dgn teliti dahulu cerita secara terperinci.. 3075 pengajar Al-Quran di kelantan shj.. PH sebuah kerajaan dlm usaha menyelamatkan negara krn hutang 1 trillion, salah 1 adalah mengurangkan segala kos yg boleh..

    3075 pengajar Al-Quran ini dibyr rm400 sebulan yg mmg kecil jumlahnya bila dilihat seorang & sebulan shj, jumlah tahunan nya adalah rm14,760,000.00 perlu dibelanjakan utk pengajar Al-Quran di kelantan shj.. jd secara relevannya 14juta ini bole dikurgkan krn negeri² lain di Malaysia tdk mempunyai bajet utk pengajar Al-Quran di negeri mereka tetapi adakah anak anak, rakyat di negeri² lain tdk tahu mengaji Al-Quran? masih di ajar di sekolah, juga ada ibubapa yg mengajar sdri anaknya mengaji, ada yg memanggil pengajar, ada yg menghantar ke kelas agama.. ada byk cara alternative lain yg tdk menggunakan wang kerajaan/rakyat utk 14juta hnya id negeri kelantan..

    bagaimana pula jika 10 negeri lain mahukan bajet rm14juta yg sama spt kelantan mjdkan total bajet tambahan adalah 147juta setahun?? jika mau bersuara & mengubah negara , bertandinglh sbg calon di pilihanraya. PH yg sdg berusaha menyelamatkan & mengstabilkan negara. mana mungkin keputusan ini diambil tanpa bermesyuarat dan mempertimbangkan buruk baiknya.. cth lain spt pemecatan 17000 pekerja kerajaan lantikan politik, utk tujuan yg sama.. menyelamatkan negara ❤???? dlm semua hal yg kerajaan dan rakyat anggap penting, yg LEBIH penting diberi keutamaan..

    Jgn mmdg pd 1 sudut shj, sudut 3705 pengajar Al-Quran di tamatkan, tp pndg juga kpd mengapa? apakah? bagaimana? tanpa mereka kita masih ada byk cara utk belajar Al-Quran, buktinya di negeri² selain kelantan, rakyat bukan buta Al-Quran..

    wallahualam.. ?

  9. aku bersimpati tetapi…

    sebelum komen baca lah dgn teliti dahulu cerita secara terperinci.. 3075 pengajar Al-Quran di kelantan shj.. PH sebuah kerajaan dlm usaha menyelamatkan negara krn hutang 1 trillion, salah 1 adalah mengurangkan segala kos yg boleh..

    3075 pengajar Al-Quran ini dibyr rm400 sebulan yg mmg kecil jumlahnya bila dilihat seorang & sebulan shj, jumlah tahunan nya adalah rm14,760,000.00 perlu dibelanjakan utk pengajar Al-Quran di kelantan shj.. jd secara relevannya 14juta ini bole dikurgkan krn negeri² lain di Malaysia tdk mempunyai bajet utk pengajar Al-Quran di negeri mereka tetapi adakah anak anak, rakyat di negeri² lain tdk tahu mengaji Al-Quran? masih di ajar di sekolah, juga ada ibubapa yg mengajar sdri anaknya mengaji, ada yg memanggil pengajar, ada yg menghantar ke kelas agama.. ada byk cara alternative lain yg tdk menggunakan wang kerajaan/rakyat utk 14juta hnya di negeri kelantan..

    bagaimana pula jika 10 negeri lain mahukan bajet rm14juta yg sama spt kelantan mjdkan total bajet tambahan adalah 147juta setahun?? jika mau bersuara & mengubah negara , tubuhkan lah parti & bertandinglh sbg calon di pilihanraya sehingga berjaya membentuk kerajaan sendiri.. PH yg sdg berusaha menyelamatkan & mengstabilkan negara. mana mungkin keputusan ini diambil tanpa bermesyuarat dan mempertimbangkan buruk baiknya.. cth lain spt pemecatan 17000 pekerja kerajaan lantikan politik, utk tujuan yg sama.. menyelamatkan negara ❤???? dlm semua hal yg kerajaan dan rakyat anggap penting, yg LEBIH penting diberi keutamaan..

    Jgn mmdg pd 1 sudut shj, sudut 3705 pengajar Al-Quran di tamatkan, tp pndg juga kpd mengapa? apakah? bagaimana? tanpa mereka kita masih ada byk cara utk belajar Al-Quran, buktinya di negeri² selain kelantan, rakyat bukan 100% buta Al-Quran..

    wallahualam.. ?

    • Banyak lagi benda lain boleh jimat. Ni pasal didikan al quran. Takkan hal ni pun nak korbankan. Hutang hutang lah juga. Takkan kerana hutang dunia yg sementara, urusan tarbiyah jiwa melalui al quran nak dikorbankan. Saya bimbang langkah ni menghilangkan keberkatan kerajaan PH yg memerintah sebab menyusahkan guru yg memberi ilmu al quran. Kelantan negeri didikan alquran yg terkenal sejak dulu lagi. Jadi pertahankan tradisi yg baik ni.
      #SayaBebasBukanMacaiManaManaParti

    • WanAziz Aziz tdk dinafikan kebaikan & keberkatan Al-Quran , mengajar mahupun mempelajarinya.. tp u pndg dr 1 sudut shj, mmg byk lg benda lain bole jimat & ini juga adalah salah 1 drpdnya menurut kerajaan.. semua org ada kesusahan masing² tmasuk la guru yg dipecat, pekerja bank yg di pecat, pekerja MAS, & byk lagi manusia lain dipecat / menghadapi dugaan lain.. hnya kelantan shj mempunyai bajet 14juta utk hal ini akan tetapi rakyat di negeri² lain tetap tdk buta Al-Quran TANPA bajet ini pun.. #sayalangsungxpedulikaumacaikexmacai

    • Encik Rizal salah tu sangkaan kau.. aurat is aurat la. aku xmenegakkan yg batil dan menidakkan yg haq.. xtutup aurat berdosa, iye tau. bt apa nak nafikan dh hukum Allah kan.. rukun islam 5 perkara, sempurnakan lah yg itu dulu.. rukun klu dlm solat, bt yg rukun maka sah solatnya.. fhm ke idok?

    • Encik Rizal kau ckp utk aku kan, aku jwb la.. bodoh ke hape kau ni? klu ko Islam sejati, level para Nabi, kau pun xkan komen apa apa kat post aku ni.. pasal ko patut tahu benar & terasa juga dgn hukum Allah.. fhm ke idok ?

    • pandai la pulak nak maki hamun sekali orang tegur benda yang BENAR… virus berjuta2 batu boleh nampak siap gigih tulis panjang2 nak cover kemungkaran, bapak dinosour depan mata buat2 buta la pulak… kalau Allah bagi buta terus baru tau… pandai2 la kau nak terjemahkan ye. hihihi

    • Encik Rizal aku maki hamun bkn pasal ko tegur tp pasal ko bodoh.. ko ckp kpd aku, lepas tu aku jwb ko xsangka aku respon nak eh eh apsal.. kan bodoh tu.. aku gigih tulis pjg² aku punya pasal la, ko bodoh thegeh² gigih baca dh knp? bodoh ke bangang? pandai² la kau pilih k xde beza pun dua² suit u.. lol..

    • takpa, ko marah sebab aku tegur benda yang BENAR dan ko respon, mission completed, amar makruf nahi mungkar… daripada org lain siap panggil siti kasim, adlin abd jalil, marina mahathir, faruk peru, zurairi abd rahman, maryam lee, fahmi reza, noor faridah, alvin tan dll utk cover aktiviti dajal diorang tu lagi teruk atas nama so called Islam universal plural liberal feminist equality etc

    • Encik Rizal lagi sekali kau salah! td kau kata klu ko ckp bab aurat mesti kena tembak, tp kau salah! skrg kau ckp aku marah pasal ko tegur, pun kau salah! berkali² salah mmg sah la kau ni byk agak, andaian, assumed, judging w/o any other supportive solid reason.. fhm ke idok.. lol ?

    • Fatin Sahkina Saleh kau bckp utk diri kau ke cane fatin? siapakah yg begitu bodoh sekali pemikirannya shgga bole berfikiran org lain menunggu dana kerajaan utk membeli tudung? wakakkakakaa.. aku rasa elok ko buka je tudung, free hair je sbb cara kau berkata² pun x mencerminkan seorang wanita muslimah yg bertudung & sempurna Islamnya ??

    • Afito Ramle kamu bercakap memg tk pernah mempelajari sudut agama islam.. Allah itu maha besar, kamu cuba menidakkan org yg menekankan pembelajaran al-quran. Sesungguhnya Allah maha pengampun. Ulat dlm batu pn Allah beri makan. Pengajar inilah yg memberi manfaat kepada manusia utk mengenal, membaca dan memahami al-quran. Byk lg benda lain yg boleh dijimatkan.. Bukan dr sudut agama islam. Suruh la ph buang dana untuk agama lain. Bukan dr agama rasmi.

    • aitee bunyi lagi! LOL.. sebiji mcm anjing² jiran aku xbenti menyalak xkira tempat.. boleh jd kau antara punca kejatuhan Islam.. dikhuatiri bkn secara perlahan² tp jatuh merudum klu begini cara dakwahnya.. hahaha.. #jahanam

    • Mohamad Afiq dulu xpnh tau ada bajet 14juta utk mengajar Al-Quran di kelantan.. ni bila dh tau, klu stop then fair la utk majority rakyat, negeri² lain, bangsa & agama lain. klu diteruskan yg bole jd isu racist, knp pengajar Quran diberi peruntukan 14juta sdgkan paderi & tok sami agama lain tdk pula diberi peruntukan yg sama utk menyampaikan dakwah agama masing²..?? maka bersyukurlah krn kita bole menjawabnya dgn mengatakan ISLAM adalah agama rasmi Negara Malaysia ttp tetap akan menimbulkan tentangan dr agama & bangsa lain.. kan.. bole jd bukan pasti.. xpasti..

    • kesian kau ni rizal, bersguh² harapkan perhatian aku nak melayan hujah kau.. hahaha.. sbrnye kau sdri berasa munafik, sbb tu kau tekankan bkali².. sbb bila disebut sptnya sesuai pulak dgn diri kau sdri.. ??

    • kesian kau ni rizal, bersguh² harapkan perhatian aku nak melayan hujah kau.. hahaha.. sbrnye kau sdri berasa munafik, sbb tu kau tekankan bkali².. sbb bila disebut sptnya sesuai pulak dgn diri kau sdri.. ?? lol..

    • kesian jugak aku kat kau bersungguh sungguh mempertahankan keegoan kau atas dasar dendam dan nafsu duniawi sampai sanggup menidakkan hak hak islam orang lain… sanggup menjadi duri dalam daging untuk kepuasan diri atas nama freedom dan human right… kalau diri sendiri sudah tidak betul x apa tapi mempengaruhi orang lain sama untuk menghancurkan islam.

  10. Tahniah anak anak muda yang telah memilih kerajaan baru..anak anak baru nak kenal dunia yang lalai serta alpa tentang duniawi..mengejar kelab2 malam bukan hal hal agama..maka ini yang akan terjadi pada mereka mereka yang memperjuangkan islam..kesian..

    • Hai mak dan ayah masing masing dah hidup 60 tahun dlm umno tak kan tak boleh ajar baca Alquran.apa dah jadi selama 60 tahun memerintah sampai ibubapa sendiri tak boleh ajar alquran…sedihnya pemerintahan umno…nape nak bising sekolah kan ada ..mengaji emak ayah kan ada …sekarang yg penting selamatkan negara setakat 400 sebulan makan kangkung kan cukup ganti 400 tu setakat nak hiduplah..kangkung kan murah

    • kekadang kite lupe kan…. smua yg jadi kerana Allah Qun Fayaqun….Dia kata jadi maka jadilah…knpe sibuk nk slh sne slh sni….perbaiki dri msing2….sya bkn pngundi yg fanatik dlm politik….tp tgh perbaiki dri…cuma sya kx ini mngundi demi Agama Allah….saya yakin Allah saje sebaik2 penolong

    • TAZKIRAH 209: GOLONGAN RUWAIBIDHAH

      Daripada Anas bin Malik Rasulullah saw bersabda:

      إنَّ أمامَ الدَّجَّالِ سنينَ خدَّاعةً ، يُكَذَّبُ فيها الصادقُ ، ويصدَّقُ فيها الكاذبُ ، فيخَوَّنُ فيها الأمينُ ، ويؤتَمنُ فيها الخائنُ ، ويتَكَلَّمُ فيها الرُّوَيْبضةُ ، قيلَ: وما الرُّوَيْبضةُ ؟ قالَ الفوَيْسِقُ يتَكَلَّمُ في أمرِ العامَّةِ

      Sesungguhnya, sebelum kedatangan dajjal, akan berlalu beberapa tahun di mana tersebarnya penipuan. Orang yang benar dikatakan bohong, manakala orang yang bohong dikatakan benar. Orang yang amanah dikatakan khianat dan orang yang khianat dikatakan amanah dan yang banyak berbicara adalah golongan Ruwaibidhah.” Sahabat bertanya; “Apakah Ruwaibidhah itu?” Baginda menjawab; “Golongan fuwaisiq (golongan yang bodoh dan hina) yang berbicara dalam perkara berkaitan kepentingan awam.” (HR Ahmad)

      Dalam riwayat al-Hakim disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

      سَيَأْتِيَ عَلَى الناَّسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ….

      “Akan tiba pada manusia tahun-tahun penuh penipuan (kebohongan)……..”

      Sanawat khadda’at (سنوات خدَّاعات) bermaksud tempoh masa bertahun-tahun yang penuh dengan kebohongan kepalsuan dan penipuan. Perkataan khadda’ (خدَّاعات) disebut dengan bentuk mubalaghah, membawa makna bukan hanya bohong sekali, tetapi berkali-kali atau berulang-ulang dan menjadi kebiasaan.

      Suasana kebohongan, kepalsuan dan penipuan itu seolah-olah membentuk satu budaya sehingga orang yang benar dikatakan bohong, orang yang bohong dikatakan benar, orang yang amanah dikatakan khianat dan yang khianat dikatakan amanah, pencuri perompak dan penyamun dilindungi dan lepas bebas bemaharaja lela, manakala orang yang menangkap atau mendedahkan perbuatan jahat mereka pula yang didakwa, dihukum dan terpenjara.

      Dalam masa yang sama muncul golongan Ruwaibidhah yang menguasai khalayak.

      Imam al-Qurtubi memetik pandangan Abu ‘Ubaidah tentang maksud “Ruwaibidhah” sebagai at-tafih, iaitu al-khasis al-haqir (tidak bernilai dan hina). Manakala Imam al-Syathibi menjelaskan, “Mereka adalah orang jahil yang lemah, yang membicarakan urusan umum. Dia bukan ahlinya untuk berbicara tentang urusan khalayak ramai, tetapi dia tetap ingin menyatakannya.”

      Hari ini sama ada sedar atau tidak sedar, semua orang tanpa mengira yang berilmu atau jahil, yang berfakta atau ber’auta’, semuanya sedang menguasai dunia dengan sebatang jari. Mereka menulis, mereka mengomen, mereka mengkritik, mereka mencaci malah mereka juga kadang-kadang berfatwa, tanpa mengira siapa mereka. Dan jika pun mereka tidak mampu melakukan semua itu kerana terlalu jahil, mereka sekurang-kurangnya mem’foward’kan sesuatu dengan keadaan jahil tentang hakikat benar atau salah sesuatu perkara tanpa menyedari bahawa ia boleh menyusahkan orang lain, malah boleh meruntuhkan agama.

      Dengan keadaan sedemikian rupa terfikir kita “Apakah ini zamannya yang dimaksudkan oleh Rasul saw sebagai tahun-tahun sebelum kedatangan dajjal itu.”

    • TAZKIRAH 295: BERSAMA SIAPAKAH KITA DI MAHSYAR NANTI

      Firman Allah SWT:

      يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا

      Terjemahannya; “(Ingatlah kepada) hari di mana Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia bersama pemimpin mereka; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.” (Q, al-Israa’:71)

      Allah menjelaskan bahawa di hari kiamat manusia akan dibangkitkan semula secara berkumpulan. Masing-masing bersama pemimpin yang mereka hidup dan dokongi sewaktu di dunia.

      Bagaimanapun ada di kalangan pemimpin yang akan berlepas diri dari pengikut yang pernah rebah bangun, bersuka ria, bersenda gurau bersama dengan mereka sewaktu hidup di dunia. Sikap berlepas diri itu bukan semata-mata kerana keengganan, tetapi mereka sendiri melihat bahaya yang besar sedang menunggu akibat dari apa yang mereka perjuangkan dalam kehidupan mereka sewaktu dunia dahulu. Allah berfirman:

      إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ

      Terjemahannya; “(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.” (Q, al-Baqarah:166)

      Firman Allah lagi:

      وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ

      Terjemahannya; “Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dahulunya kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!” Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.” (Q, al-Baqarah:167)

    • TAZKIRAH 279: BILA UMAT LUPA DIRI ALLAH MELUPAKAN MEREKA

      Rasulullah saw bersabda:

      يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا
      رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

      Maksudnya; “Hampir-hampir bangsa-bangsa berebut-rebut mengerumuni kalian (umat Islam), seperti mana kamu mengerumuni hidangan kamu.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah waktu itu jumlah kami sedikit?” Baginda menjawab: “Bahkan jumlah kalian pada waktu itu sangat banyak, namun kalian seperti buih dihanyutkan air. Sungguh Allah akan mencabut rasa gerun musuh-musuh teehadap kalian, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kalian penyakit wahn.” Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, apa itu wahn?” Baginda saw menjawab: “Cintakan dunia dan takutkan mati.” (HR Abu Daud dan Ahmad)

      Kecintaan kepada dunia yang berupa kebendaan, kedudukan dan kemegahan membuatkan manusia berlumba-lumba, bersengketa, berbunuhan dan berperang di kalangan manusia malah sesama umat Islam. Allah SWT menyebut di dalam al-Quran dengan firman-Nya:

      أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ. حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ. كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ. ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ.

      Terjemahannya; “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian, sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu); dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.” (Q, al-Takatsur: 1-4)

      Dalam hadis Rasulullah saw memperingatkan, kesan ketara dari kecintaan terhadap dunia yang menimpa umat Islam ialah Allah akan menghapuskan ‘izzah dan haibah dari diri mereka, sehingga musuh tidak rasa gerun terhadap mereka. Malah sebaliknya mereka pula yang merasa gerun dan tunduk kepada musuh. Mereka bergantung dan memberikan wala’ kepada musuh sehingga lupa kepada peringatan Allah dan Rasul saw bahawa orang-orang kafir atas nama apapun mereka pasti tidak akan pernah redha dengan mereka selagi mereka tidak berjaya dijerumuskan. Firman Allah SWT:

      وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا

      Terjemahannya: “Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian)” (Q, al-Baqarah: 217)

      Dan firman Allah Taala:

      وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

      Terjemahannya; “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”. (Q, al-Baqarah: 120)

      Malangnya umat Islam seringkali terlupa dari peringatan-peringatan Allah dan Rasul. Kerana itu mereka dilupakan Allah dari perkara-perkara baik yang boleh menyelamatkan mereka dari cengkaman musuh itu. Allah berfirman:

      وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

      Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. (Q, al-Hasr:19)

  11. nk jimatkn nk byar hutang xkn semua pun diberhentikan…rakyat yg memilih ph buka lh mata dn minda..ni nk bantu or nk melenyapkn agama sndiri..kalau betol lh dap yg mrncang smua nya..trima ksih krna rakyat yg memilih ph tidak sygkn agama..fikir²kan lh