Kenyataan Rasmi Perdana Menteri

10‎hb Disember, 2016

‎1. Pembangkang nampak jelas mencemburui solidariti jitu yang dipamirkan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas. Maka tidak hairanlah mereka menyebarkan khabar angin dengan tujuan meretakkan hubungan baik saya dengan YAB Timbalan Perdana Menteri. Mungkin mereka menganggap perwatakan beliau sama seperti bekas ahli parti yang mengutamakan agenda pribadi berbanding kepentingan parti dan negara.

2. Mereka telah cuba sedaya-upaya mereka untuk memecah-belahkan kita. Namun, mereka tidak memahami UMNO dan kesetiaan ahlinya yang tulen, iaitu mereka yang tetap berdiri teguh dengan parti dan kepimpinan yang dipilih secara demokratik tidak kira semasa susah atau senang.

3. ‎Pembangkang kini sangat terdesak dan dalam keadaan kucar-kacir sehingga memaksa mereka untuk bersekutu dengan orang yang memenjarakan pemimpin mereka sendiri.

4. ‎Saya menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar berwaspada dengan taktik kotor yang digunakan oleh musuh kita. Mereka iri hati akan solidariti jitu yang wujud dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Dato’ Sri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia‎

20161201-ucapan-dasar-presiden-umno-najib-razak-2

Comments (5)

  1. Md Mi Hd Saturday, December 10, 2016 22:58:
  2. Gerong Boleng Sunday, December 11, 2016 01:39:
  3. Hayata Othman Sunday, December 11, 2016 03:21:
  4. Brader Waja Sunday, December 11, 2016 12:03:
  5. Mohd Faisal Sunday, December 11, 2016 21:14:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Hide Comments