SPAD, MIROS siasat punca bas Rapid KL terbakar - pakdin.my

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya( MIROS) akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran sebuah bas Rapid KL laluan T251 (LRT Sri Rampai-Seksyen 10 Wangsa Maju), petang tadi.

SPAD dalam satu kenyataan berkata, ia akan menjalankan audit terperinci berhubung pematuhan Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP) Rapid KL.

Prasarana juga diarah menyerahkan laporan terperinci mengenai insiden tersebut kepada SPAD.

Siang tadi, sebuah bas Rapid KL tiba-tiba terbakar kira-kira pada pukul 4 petang, berhampiran pusat beli-belah Aeon Big Wangsa Maju di sini.

SPAD juga memuji tindakan pantas kapten bas itu mengarahkan enam penumpang supaya segera turun daripada kenderaan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

201610013-bas-rapid-terbakar


Rapid KL mohon maaf, akan siasat insiden bas terbakar

Rapid Bus Sdn. Bhd. akan melakukan siasatan rapi terhadap insiden kebakaran melibatkan sebuah bas kendaliannya di Wangsa Maju, sebentar tadi.

Pengendali perkhidmatan bas Rapid KL itu berkata dalam satu kenyataan, mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menyiasat punca kejadian, dan memohon maaf di atas insiden ini.

“Beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi turut musnah dijilat api.

“Kami memohon agar pemilik kenderaan itu untuk menghubungi kami di talian 03-78852585 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my bagi tujuan tuntutan pampasan,” kata kenyataan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, bas laluan T251 (LRT Sri Rampai – Seksyen 10 Wangsa Maju), yang sedang membawa enam penumpang itu terbakar secara tiba-tiba.

Tindakan segera kapten bas, yang terhidu bau asap, memberhentikan kenderaannya lalu mengarahkan semua penumpang keluar dengan cepat, berjaya mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.


Bas RapidKL, enam kereta hangus terbakar

Sebuah bas RapidKL termasuk enam buah kereta hangus dalam satu kejadian kebakaran berhampiran Pasar Raya Aeon Big Seksyen 5, Wangsa Maju di sini hari ini.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.54 petang sebelum tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Setapak dan Wangsa Maju dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah bas RapidKL telah hangus terbakar 100 peratus manakala enam buah kereta rosak teruk.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.28 petang,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

UTAMABERITASPAD, MIROS siasat punca bas Rapid KL terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium