SPLASH: KHALID BIDAS AZMIN SUPAYA CERMIN DIRI - pakdin.my

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ekoran tindakan melabelnya sebagai ‘hipokrit’ dalam kontroversi membabitkan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) berhubung isu penstrukturan semula air Selangor.

Bekas menteri besar Selangor itu sebaliknya menyuruh Azmin cermin diri sendiri sebelum membuat tuduhan terhadapnya disamping menyahut cabaran untuk membuat penjelasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berhubung isu tersebut.

“Saya menghubungi pejabat Speaker Selangor bagi menetapkan masa dan tarikh yang sesuai untuk menjelaskan dan menjawab apa-apa soalan berhubung isu ini secara komprehensif, berbudi bahasa dan matang.

“Beliau perlu melihat dirinya dalam cermin. Saya rasa kita perlu bertindak dengan cara yang lebih bertamadun,” kata Khalid dalam satu sidang media di kediamannya Bukit Damansara pada Rabu.

Azmin semalam mengatakan Khalid sebagai ‘hipokrit’ kerana berdolak dalik dalam isu Splash.

Khalid sebelum ini menafikan dakwaan Azmin yang mengatakan kerajaan Selangor ketika di bawah pimpinannya menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Splash antara 2008 dan 2014.

Azmin mendakwa Khalid, sewaktu memegang jawatan menteri besar tidak pernah memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada Splash melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.

Tambahnya kenyataan Khalid itu perlu dijawab kerana ia menimbulkan spekulasi dalam kalangan rakyat mengenai tadbir urus air yang dilihat semakin lemah dan menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat negeri Selangor.

Azmin juga mencabar Khalid supaya hadir ke dewan untuk membuat penjelasan berhubung isu membabitkan pengambilalihan syarikat air tersebut.

20161110-azmin-khalid-splash

UTAMABERITASPLASH: KHALID BIDAS AZMIN SUPAYA CERMIN DIRI

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium