Home : BLOG SPLASH: SURAT KHALID BUAT HADI AWANG

SPLASH: SURAT KHALID BUAT HADI AWANG

69

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam se­pucuk surat kepada Presiden Pas menjelaskan secara terperinci ber­hubung isu pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) yang kini menjadi polemik dengan kerajaan ne­ge­ri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. –

Surat yang bertarikh hari ini ditulis bertujuan agar Datuk Seri Abdul Ha­di Awang memahami secara jelas bahawa jumlah Penstrukturan Se­mula Industri Perkhid­matan Air Selangor yang diluluskan dahulu bukan RM2.7 bilion se­perti tawaran asal yang bernilai RM250.6 juta.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau terkejut apa­bila Exco Kerajaan negeri daripada Pas, Zaidy Abdul Talib membuat kenyataan media bahawa kerajaan negeri bersetuju menawarkan RM2.7 bilion bagi mengambil alih ekuiti Splash.

Katanya, jumlah bagi meng­ambilalih ekuiti Splash itu mele­bihi 10 kali ganda, berbanding per­setujuan yang dilakukan an­tara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Perjanjian Utama bertarikh 12 September 2014.

“Apabila saya mempersoalkan keputusan kerajaan negeri itu, Menteri Besar cuba membidas dengan tohmahan kononnya saya juga pada tahun 2009 telah membuat tawaran sebanyak RM2.975 bilion kepada Splash bagi ni­lai ekuiti syarikat kon­sesi tersebut.

“Saya tidak pernah pada sebarang masa mem­buat tawaran peng­ambilalihan ekuiti Splash dengan nilai RM2.978 bilion seperti yang dituduh Menteri Besar itu, sebaliknya sa­ya membuat tawaran bagi mengambil alih syarikat konsesi air dalam Mesyuarat Maj­lis Tindakan Ekonomi Nege­ri malah turut membentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada November 2012,” katanya.

Jelas Khalid, beliau percaya kesemua tawaran yang dibuat ke­pada kesemua pemegang kon­sesi bukan hanya untuk nilai ekuiti tetapi berpandukan elemen yang ditetapkan dalam pen­strukturan iaitu jumlah pela­buran, tempoh pelaburan, jumlah liabiliti, nilai aset yang akan diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan pulangan keuntungan 12 peratus setahun.

Katanya, tawaran yang dibuat pada 26 Jun 2009 kepada semua pemegang konsesi berdasarkan prinsip ‘all or nothing’ iaitu hanya disempurnakan jika keempat-empat pemegang konsesi menerima tawaran tersebut.

“Pada ketika itu, hanya Abass (Konsortium Abbas Sdn. Bhd.) dan Splash yang bersetuju ma­nakala Syabas dan Puncak Niaga menolak maka tawaran yang berjumlah RM9.218 bilion itu terbatal sendirinya.

“Justeru, alasan kerajaan ne­geri Selangor bahawa saya telah pada 2009 menawarkan sejumlah RM2.975 bilion bagi nilai ekuiti adalah terpesong dan seolah-olah dengan sengaja mahu mengelirukan rakyat dan pimpinan Pas,” katanya.

Dalam surat itu, Abdul Khalid turut melahirkan kebimbangan tentang bagaimana kerajaan ne­geri mahu membiayai lebihan tawaran RM2.45 bilion.

20161110-khalid-hadi-awang-splash


10 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here